Utusan Borneo (Sabah)

Peter Hii lihat sendiri permasalah­an peniaga Pasar Umum Sandakan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan, Datuk Peter Hii Chang Lik turun melihat sendiri permasalah­an yang dihadapi peniaga di Pasar Umum Bandar Sandakan.

Beliau telah menerima beberapa aduan yang dihadapi oleh para peniaga di pasar tersebut dan telah mengambil tindakan membuat tinjauan mengejut ke pasar umum itu.

“Saya telah bertemu dengan para peniaga dan mendengar sendiri masalah yang mereka hadapi pagi tadi (Selasa),” katanya.

Peter Hii mendapati aduan yang diajukan kepadanya adalah berasas dan perlu diambil perhatian oleh pihaknya.

“Saya akan memanggil pegawai dan kakitangan yang bertanggun­gjawab bagi mendapat penjelasan berKOTA hubung perkara yang para peniaga ajukan kepada saya,” katanya.

Beliau tidak mahu perkara yang dikemukaka­n oleh peniaga itu berlarutan dan perlu diselesaik­an segera.

“Saya juga akan meminta pegawai dan kakitangan bertanggun­gjawab ini agar mengambil tindakan dan melaksanak­an tanggungja­wab yang telah diamanahka­n sesuai dengan saranan kerajaan hari ini agar mengutamak­an perkhidmat­an lebih cekap dan memenuhi ekspektasi masyarakat setempat,” katanya.

Selain mendengar permasalah­an dihadapi peniaga, Peter Hii turut menggesa para peniaga pasar supaya menjaga dan mempunyai kesedaran terhadap aspek kebersihan gerai mereka demi keselesaan serta tarikan pengunjung.

Beliau berkata kesedaran itu perlu menjadi pegangan asas dalam kalangan peniaga dan bukannya mengharapk­an pihak berkaitan menjaga kebersihan.

Jelasnya, peniaga diminta bekerjasam­a menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing dan tidak hanya meletakkan tanggungja­wab itu kepada MPS.

“Walaupun MPS meletakkan kakitangan di pasar untuk memastikan tahap kebersihan, kami memerlukan kerjasama peniaga agar tidak membuang sampah merata-rata.

Menurut Peter Hii, sikap menjaga kebersihan harus wujud dalam diri peniaga dan bukannya kerana takut dikenakan kompaun atas kesalahan yang mereka lakukan di situ.

“Sikap menjaga kebersihan di ruang niaga masingmasi­ng sangat penting bagi mengelak jangkitan penyakit yang boleh menjejaska­n kesihatan pengunjung dan pada masa sama suasana ceria dapat diwujudkan di pasar berkenaan,” katanya.

 ??  ?? PETER Hii mendengar pelbagai aduan diajukan kepadanya oleh para peniaga.
PETER Hii mendengar pelbagai aduan diajukan kepadanya oleh para peniaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia