Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat Agung Wanita PBS 15-16 Nov

-

KINABALU: Perwakilan Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) di seluruh Sabah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 tahun ini selama dua hari pada 15-16 November.

Tahun ini adalah pemilihan eksekutif baru Pergerakan Wanita oleh perwakilan parti itu. Semua jawatan dibuka untuk ditandingi dan terdapat pertanding­an pelbagai jawatan dan ia dapat dilihat kertas-kertas pencalonan yang dikemukaka­n.

Datuk Anita Baranting yang memenangi jawatan Ketua Pergerakan Wanita tanpa bertanding berkata, keinginan ahli parti di seluruh Sabah untuk bertanding pelbagai jawatan diperingka­teksekutif­adalah petunjuk baik bahawa PBS masih relevan.

Beliau mengingatk­an perwakilan untuk memilih pemimpin yang berkualiti, berintegri­ti, mempunyai semangat berpasukan dan berteraska­n kepada prinsip parti.

Beliau juga menggesa ahli parti untuk terus memainkan peranan aktif dalam masyarakat meskipun hakikat bahawa parti itu tidak lagi mempunyai peranaan dalam pentadbira­n hal ehwal negeri.

Sementara itu, Ketua Publisiti merangkap Pengerusi Penganjur Datin Vicky Yee memaklumka­n bahawa tempat pendaftara­n perwakilan adalah di ibu pejabat PBS di Dongonggon Penampang pada 15 November dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Manakala manakala upacara perasmian Persidanga­n Perwakilan Pergerakan Wanita PBS Ke-33 akan disempurna­kan oleh Presiden parti Tan Sri Pairin Joseph Kitingan pada pada hari yang sama pukul 3.00 petang di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, di sini.

 ??  ?? ANITA (berdiri tengah barisan depan) ketika menghadiri MAT Ke-32 Pergerakan Wanita PBS tahun lepas.
ANITA (berdiri tengah barisan depan) ketika menghadiri MAT Ke-32 Pergerakan Wanita PBS tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia