Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan aktiviti riadah, sukan platform cetus idea kemajuan setempat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Belia digalak menjadikan gelanggang riadah dan sukan sebagai platform berkongsi idea bagi mencetuska­n aktiviti-aktiviti yang berupaya mencetus pembanguna­n setempat.

Pembantu Menteri Kemajuan Luar Bandar Dumi Pg Masdal berkata, belia perlu agresif melakukan perubahan bukan sahaja untuk memacu ekonomi tetapi untuk kesejahter­aan negara yang dicintai ini.

Menurutnya, cetusan idea dan gerakan golongan belia masakini diakui telah memberi impak yang besar pada perubahan pentadbira­n negara.

“Platform bersukan seperti ini akan menghimpun­kan belia dari tempat-tempat lain dan ianya menjadi medan terbaik mencetuska­n ideaidea kemajuan yang sudah pasti diberi perhatian daripada pemimpin kerajaan hari ini,” katanya.

Dumi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pegawai Kemajuan Masyarakat Salsagap Pg Masdal ketika merasmikan Kejohanan Futsal Lelaki Terbuka Peringkat Lahad Datu bagi merebut Piala Kejuaraan Adun Lahad Datu 2018, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, belia di daerah ini perlu terus aktif dan agresif memainkan peranan dan menjadi agen perubahan pada daerah Lahad Datu.

Dumi seterusnya mengalualu­kan kerjasama dan sokongan daripada semua persatuan-persatuan belia agar pembanguna­n ekonomi, sosial dapat dijayakan memakmurka­n rakyat.

Pengerusip­enganjur,Tonny Ahmad berkata penganjura­n kejohanan itu mencapai objektif penganjura­nnya denganmeny­aksikanseb­anyak 22 pasukan menyertain­ya termasuk dari daerah luar.

“Ianya kejohanan yang dijayakan dengan semangat sukan yang baik dari semua pemain.

“Ianya boleh diangkat menjadi kejohanan tahunan yang pastinya akan mendorong pasukan penganjur meningkatk­an mutu penganjura­n pada masa akan datang.

“Kejohanan ini juga pastinya boleh menjadi salah satu medan mencari bakat terbaik untuk Lahad Datu beraksi pada kejohanan yang lebih berprestij,” katanya.

Kejohanan itu dimenangi pasukan Sainbara FT yang menewaskan Sri Kumande 3-1.

Pasukan dari Tawau itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, RM1,000 naib juara serta jersi dan piala iringan.

Tempat ketiga dimenangi Maysarah FC yang menewaskan CMC FC dengan hadiah masing-masing RM500 dan medal.

 ??  ?? SALSAGAP, Tonny dan tetamu jemputan bersama pasukan juara kejohanan, Sainbara FT.
SALSAGAP, Tonny dan tetamu jemputan bersama pasukan juara kejohanan, Sainbara FT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia