Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 600 sertai Acara Berbasikal KK

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Hampir 600 penyertaan telah diterima untuk edisi keenam Acara Berbasikal Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Century Cycling Race), 18 November ini.

Perlumbaan anjuran Persatuan Berbasikal Kota Kinabalu (CAKK) itu membabitka­n sembilan kategori termasuk kategori khas untuk orang kenamaan itu VIPs 12km Fun Ride.

Kategori lain adalah Lelaki Elit Terbuka (120km), Lelaki Veteran 40 tahun ke atas (120km), Wanita Terbuka (120km) dan Lebuhraya Lelaki Junior 13-18 tahun (95km).

Lima kategori lagi adalah untuk MTB (Mountain Bike) iaitu Lelaki Elit Terbuka (95km), Lelaki Veteran 40 tahun ke atas (95km), Wanita Terbuka (75km), Junior Lelaki 13-18 tahun (75km) dan Wanita Veteran 40 tahun ke atas (50km).

Pengerusi penganjur yang juga Presiden CAKK Eric Ye berkata, perlumbaan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n RM13,950 di mana kesemua lima pemenang teratas setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai.

“Perlumbaan ini adalah anjuran kami (CAKK), sekumpulan sukarelawa­n yang berkerja pada siang hari. Ianya memenatkan tetapi berbaloi kerana acara ini menjadi semakin besar setiap tahun.

“Kami menyifatka­n acara ini sebagai perlumbaan antarabang­sa kerana turut mendapat penyertaan dari luar negara termasuk China pada tahun lalu.

“Mereka (penunggang China) tidak mengambil bahagian kali ini tetapi kami mendapat penyertaan dari Brunei seramai kira-kira 200 penunggang iaitu jumlah sekali ganda lebih ramai berbanding tahun lalu.

“Keseluruha­nnya, kami menerima hampir 600 penyertaan. Penyertaan lain adalah peserta tempatan negara ini,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin lalu.

Menurutnya,KetuaMente­ri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman telah dijemput untuk menyertai kategori VIPs Fun Ride tetapi masih menunggu maklumbala­s.

Sambil itu, Setiausaha CAKK Patrick Wong berkata, laluan perlumbaan dikekalkan sebagaiman­a pada dua edisi sebelum ini.

Perlumbaan bermula dan berakhir di kawasan letak kereta Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Peserta akan dilepaskan pada jam 7.00 pagi.

“Peserta akan melalui Jalan pantai ke Sepanggar, Serusop, Topokon, Tuaran dan kembali. Ianya merangkumi kawasan pantai yang indah, perkampung­an dan cabaran berbukit di Topokon yang berlatar belakangka­n Gunung Kinabalu.

“Beberapa penunggang terbaik dari Sabah seperti Junior Stanly Jalip, Niklos Minol dan Natahsya Soon akan mengambil bahagian dan sudah tentu Brunei juga akan dibarisi atlet kebangsaan­nya,” katanya.

Had masa perlumbaan adalah lima jam dan penyampaia­n hadiah akan diadakan di kawasan letak kereta Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

 ??  ?? ERIC (tiga dari kiri) dan Patrick (dua dari kiri) bersama jawatankua­sa penganjur semasa sidang media di Kota Kinabalu, Isnin lalu.
ERIC (tiga dari kiri) dan Patrick (dua dari kiri) bersama jawatankua­sa penganjur semasa sidang media di Kota Kinabalu, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia