Utusan Borneo (Sabah)

Kuala Penyu berazam beri tentangan sengit Piala SAFA: Lapan pasukan sahkan tempat ke pusingan akhir

-

LABUAN: Kuala Penyu akan pastikan kehadirann­ya dirasai pada Pusingan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala SAFA di Kota Kinabalu pada 19-24 November ini.

Kuala Penyu melakar sejarah apabila layak ke pusingan akhir buat julung kalinya pada kejohanan terbesar badan induk bola sepak negeri ini berkenaan selepas muncul juara saingan peringkat Zon Pedalaman Tengah penghujung minggu lalu.

Saingan peringkat zon yang berlangsun­g di padang sintetik Kompleks Sukan Wilayah Persekutua­n Labuan itu membabitka­n tiga pasukan iaituKuala­Penyu,Menumbok dan Labuan selaku tuan rumah.

KualaPenyu­yangdiangg­gap pasukan kecil membuat kejutan apabila muncul juara dengan mengutip maksima enam mata hasil kemenangan 4-2 ke atas Menumbok dan mengecewak­an tuan rumah Labuan (2-1) yang juga juara Piala Presiden SAFA 2017.

Pertemuan antara Menumbok dan Labuan berkesudah­an seri tanpa jaringan.

Pengurus pasukan Kuala Penyu, Fredolin Penggo melahirkan rasa gembira atas kejayaan pasukannya itu memandangk­an mereka melakukan persiapan yang singkat.

Katanya, kesungguha­n dan komitmen semua pemain di samping strategi yang baik dilakukanj­urulatihme­mbantu pasukan memenangi kesemua perlawanan untuk muncul sebagai juara.

“Kejayaan ini satu permulaan baik buat pasukan. Selepas ini, kami perlu memberi fokus saingan yang bakal dihadapi di peringkat grand final yang tentunya lebih mencabar,” katanya.

Fredolinya­ngjugaTimb­alan Presiden SAFA Kuala Penyu berharap pasukan meneruskan momentum untuk menghadapi cabaran si peringkat grand final nanti.

Beliau juga mengucapka­n penghargaa­n kepada Presiden SAFA Kuala Penyu, Sebastian Ingkim, Penolong Pengurus pasukan Piala Belia Sabah 2018, Lokman Sunggim, pihak pengurusan, para pegawai, barisan jurulatih, para pemain dan penyokong yang menjadi faktor kejayaan pasukan sehingga ke tahap ini. KOTA KINABALU: Juara bertahan Kota Kinabalu antara lapan pasukan yang berjaya ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala SAFA 2018.

Turut layak selepas saingan peringkat zon selesai pada Ahad lalu ialah Kinabatang­an, Kota Belud, Keningau, Kota Marudu, Sipitang, Tawau dan Kuala Penyu.

Saingan peringkat zon melibatkan pasukan daerah dijalankan secara liga satu pusingan dan hanya juara akan mewakili zon ke pusingan akhir.

Kota Kinabalu mewakili Zon Pantai Barat dengan rekod bersih tanpa bolos menang 2-0 semua tiga perlawanan ke atas Putatan, Papar dan Penampang.

Keputusan perlawanan lain zon membabitka­n empat pasukan itu menyaksika­n Penampang menang 2-1 ke atas Papar tetapi kalah 0-1 ditangan Putatan manakala Putatan menang 5-2 ke atas Papar.

Kinabatang­an mewakili Zon Sandakan selepas muncul juara dalam saingan yang turut melibatkan pasukan Beluran, Sandakan dan Telupid.

Kinabatang­an menang 3-0 ke atas Sandakan dan mengalahka­n Beluran serta Telupid 3-2. Keputusan lain, Beluran seri 1-1 dengan Telupid, Sandakan menang 6-1 ke atas Telupid dan Sandakan mengalahka­n Beluran 5-1.

Kota Belud pula menang 2-0 ke atas Tuaran dan Ranau dan mengalahka­n Tamparuli 5-0 untuk muncul juara dan mewakili Zon Nabalu. Keputusan lain menyaksika­n Tuaran seri 11 dengn Tamparuli, Ranau menang 2-1 ke atas Tuaran dan 1-0 ke atas Tamparuli.

Keningau pula ke pusingan akhir selaku juara Zon Pedalaman Atas selepas mengalahka­n Tenom (20), Nabawan (1-0) dan Tambunan(3-1).Keputusan lain menyaksika­n Nabawan mengalahka­n Tambunan (51) dan seri 1-1 dengan Tenom manakala Tenom menang 40 ke atas Tambunan.

Saingan peringkat Zon Utara menyaksika­n Kota Marudu muncul juara selepas menang 2-1 ke atas Matunggong dan Kudat dan menang 4-2 ke atas Pitas. Keputusan lain menyaksika­n Matunggong mengalahka­n Kudat (20) tetapi kalah ditangan Pitas (3-5) manakala Pitas menang 2-1 ke atas Kudat.

Juara 2014, Tawau pula memberi amaran keras awal apabila muncul juara dan mewakili Zon Tawau dengan kemenangan besar ke atas Kunak (9-0) dan Semporna (7-0) serta mengalahka­n Lahad Datu 3-1. Keputusan perlawanan lain menyaksika­n Lahad Datu menang ke atas Semporna (4-2) dan Kunak (2-0), manakala Kunak menang 3-2 ke atas Semporna.

Zon Pedalaman Tengah yang hanya membabitka­n tiga daerah pula menyaksika­n Kuala Penyu muncul juara selepas mengalahka­n juara 2016, Labuan (21) dan Menumbok (4-2) manakala pertemuan antara Labuan dan Menumbok berkesudah­an seri tanpa jaringan.

Zon Pedalaman Bawah yangturutm­embabitkan­tiga daerah pula dijuarai Sipitang hasil kemenangan 2-1 ke atas Beaufort dan seri 1-1 dengan Membakut. Pertemuan antaraa Membakut dan Beaufort juga bekesudaha­n seri 1-1.

Sebagai rekod, juara sebelum ini adalah Kota Kinabalu (2017), Labuan (2016), Sandakan (2015), Tawau (2014) dan keningau (2013).

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Rahman Zakaria yang juga Pengerusi Jawatankua­sa pertanding­an berkata, pusingan akhir kejohanan itu akan berlangsun­g di sini (Kota Kinabalu) dijadualka­n pada 19-24 November.

(kanan) bersama Lokman selaku penasihat pasukan turun padang untuk memantau persiapan pasukan.

 ??  ?? FREDOLIN
FREDOLIN
 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN
 ??  ?? ANGGOTA skuad Kuala Penyu selepas menjuara Piala SAFA peringkat Zon Pedalaman Tengah di Kompleks Sukan Wilayah Persekutua­n Labuan, Ahad lalu.
ANGGOTA skuad Kuala Penyu selepas menjuara Piala SAFA peringkat Zon Pedalaman Tengah di Kompleks Sukan Wilayah Persekutua­n Labuan, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia