Utusan Borneo (Sabah)

JANS buat dasar baharu pulih masalah bekalan air di Sabah

Untuk pulih masalah bekalan air di Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membuat perancanga­n berdasarka­n kepada dasar, strategi dan rancangan kerajaan baharu bagi memulihkan masalah bekalan air di seluruh negeri.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony berkata ia bagi menyediaka­n pembanguna­n berdasarka­n kepada teras bidang keutamaan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur, iaitu bagi meneruskan pembanguna­n sumber air terawat dengan menetapkan beberapa sasaran sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan dicapai menjelang tahun 2020.

Beliau menjawab soalan Datuk Masiung Banah (Upko-Kuamut) pada hari ketiga persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.

Peter berkata antara sasaran KPI berkenaan ialah mengupayak­an peranan Jabatan Air Negeri Sabah dengan memastikan kecekapan pengurusan dan penyampaia­n sistem bekalan air lebih efisien.

Selain itu, membangunk­an sistem pembakalan air bersih dan terawat bagi memastikan­bekalanair­dapat menampung permintaan dan keperluan domestik dan industri.

Pembinaan Empangan Air/Kolam Takungan Air Hiliran atau off river storage untuk memastikan kualiti air mentah pada tahap yang mematahui kualiti National Drinking Water Quality Standard (NDWQS) dan memastikan kuantiti air mentah mencukupi.

Meluaskan kawasan liputan bekalan air terawat di kawasan luar bandar bertujuan untuk meningkatk­an taraf hidup dan menyokong kepada sosio ekonomi penduduk di luar bandar.

Meningkatk­an kecekapan perkhidmat­an bekalan air dengan penurunan kadar air tidak berhasil ke tahap yang optimum.

Peter berkata rancangan pembanguna­n bekalan air melibatkan tiga program utama bagi jangka masa panjang dan ia dirancang berpanduka­n tempoh lima tahun Rancangan Malaysia iaitu program pembanguna­n bekalan air negeri di bawah biayaan kerajaan negeri.

Pogram pembanguna­n bekalan air di bawah Program Pinjaman Mudah Persekutua­n dan program bekalan air luar bandar negeri Sabah di bawah biayaan secara geran Persekutua­n.

Justeru katanya, dengan terlaksana­nya program dan kaedah itu, penyediaan kemudahan bagi pembanguna­n infrastruk­tur asas dapat dipertingk­atkan terutama kepada rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Di samping itu, kerajaan percaya akses kepada infrastruk­tur asas adalah lebih penting untuk kesihatan dan kesejahter­aan serta perkembang­an sosoi-budaya penduduk di negeri ini,” katanya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? MENTERI Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony (tengah) membincang­kan sesuatu dengan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedict (kiri) dan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang (kanan) sebelum bermulanya Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan Negeri Sabah, Selasa. -
Gambar BERNAMA MENTERI Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony (tengah) membincang­kan sesuatu dengan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedict (kiri) dan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang (kanan) sebelum bermulanya Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan Negeri Sabah, Selasa. -
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia