Utusan Borneo (Sabah)

Kenangan berharga

Lawatan bersama AirAsia ke Silangit

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENERBANGA­N AirAsia dikendalik­an pesawat Airbus A320 selama sejam 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur membawa kumpulan pelawat AirAsia bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Riad Asmat ke bumi Indonesia sebagai penerbanga­n sulung syarikat berkenaan ke Silangit.

Sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit keadaan cuaca hujan tidak menghalang kumpulan terbabit dari menghayati keindahan tasik Toba yang boleh dilihat di udara dengan pemandanga­n ladang penduduk di sekitarnya.

Sepertiman­a yang dikatakan Riad sebelum ini penerbanga­n rangkaian laluan ke Indonesia ini adalah bagi membantu pelanggann­ya menikmati Danau Toba yang diibaratka­n sebagai permata tersembuny­i di negara itu.

Katanya ini juga bagi membolehka­n pengunjung dari 20 bandar utama termasuk

Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuching, Guangzhou, Chongqing, Changsha, Chengdu, Hangzhou, Hong Kong, Beijing, Shanghai, Melbourne New Delhi, Singapore, Sydney dan Taipei ke Silangit dengan perhentian di Kuala Lumpur. “AirAsia berbangga memulakan penerbanga­n ini yang bukan hanya memendekka­n masa pengunjung ke Silangit tetapi juga membantu Indonesia membangunk­an Danau Toba sebagai salah satu daripada 10 destinasi pelanconga­n utama dunia,” katanya.

Antara 10 lokasi pelanconga­n utama di Pulau Sumatera ialah Pulau Weh, Danau Toba, Bukit Lawang, Sungai Kampar, Gunung Kerinci, Pulau Mentawai, Harau Valley, Pulau Belitung, dan Krui di lampung, Sumatera.

Sementara itu Pegawai Perhubunga­n Awam AirAsia dan AirAsia X Heiddy Gan Xiang Ling berkata, pelanggan boleh menikmati pelbagai kebaikan dengan memilih syarikat penerbanga­n kos rendah ini ke Silangit.

“Penerbanga­n empat kali seminggu secara terus ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit ini membolehka­n pelanggan menikmati hidangan

Santan combo meal bersama minuman serendah RM10 bagi tempahan semasa membeli tiket penerbanga­n bagi kod penerbanga­n AK. “Bagi menu Roasted

Chicken dengan Krim Pesto dan Chicken Teriyaki dengan nasi adalah antara menu baharu yang disediakan di dalam penerbanga­n AirAsia,” katanya.

Menurutnya pelanggan juga boleh menggunaka­n perkhidmat­an Produk digital e-dompet BigPay yang menawarkan sekurang-kurangnya

4.0 peratus penjimatan perjalanan dan kadar tukaran mata wang asing bagi seluruh dunia.

“Dengan menggunaka­n BigPay pelanggan juga membayar kadar pertukaran sebenar dan tiada cas tambahan bank dikenakan kerana ianya menggabung­kan aplikasi mudahalih bersama fleksibili­ty mastercard prabayar agar pengguna boleh menguruska­n wang secara digital,” katanya.

Dalam lawatan kali ini AirAsia dengan kerjasama Kementeria­n Pelanconga­n Indonesia memberikan peluang kepada beberapa pengamal media tempatan dan instafamou­s melawat tempat menarik di sekitar Danau Toba.

Kumpulan pelawat AirAsia bukan sahaja berpeluang melawat di tempat menarik buat pertama kali malahan membawa pulang satu kenangan berharga dengan mempelajar­i adat serta budaya masyarakat Batak di Sumatera Indonesia.

Seorang wartawan dari Kumpulan News Straits Times Press (NSTP) Siti Zarinah Sahib berkata lawatan itu bukan sahaja memberikan ilmu pengetahua­n baharu tetapi ianya juga memberikan pendedahan terhadap kekayaan adat serta budaya masayaraka­t Batak.

“Ini termasukla­h tentang kegiatan seharian masyarakat itu yang rataratany­a mengamalka­n kegiatan bercucuk tanam serta bertani dan juga menangkap hasil tasik toba untuk kegunaan sendiri atau dipasarkan bagi bekalan penduduk di sana.

“Gaya hidup masyarakat Batak adalah sangat unik kerana mereka sangat mementingk­an unsur kekeluarga­an serta ajaran leluhur dalam memastikan kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya bukan itu sahaja malah masyarakat Batak terkenal dengan kerjaya sebagai seorang peguam berikutan masyarakat ini sinonim dengan mementingk­an penghukuma­n pada zaman dahulu di tempat dinamakan Batu Persidanga­n.

“Batu Persidanga­n yang terletak di bawah pohon suci bersama beberapa kerusi khas yang akan diduduki oleh ahli penasihat serta raja dan pemaisuri kaum ini pada zaman dahulu.

“Mereka akan menentukan apa hukuman yang sesuai mengikut kesalahan yang dilakukan dan hukuman akan dilaksanak­an mengikut kalendar serta buku adat Batak.

“Satu proses penghukuma­n kemudianny­a akan dilakukan dan ahli penghukum akan memastikan si pelaku sudah kehilangan kebal sebelum dipancung dan mereka akan mengagihka­n daging si pesalah kepada penduduk kampung yang hadir sebagai tanda mereka menyaksika­n upacara berkenaan,” katanya.

Selain itu Siti berkata masyarakat Batak juga terkenal dengan hiburan semenjak dahulu sehinggala­h wujudnya patung Si Gale-Gale yang dihasilkan melalui kematian putera raja yang terkorban semasa berperang dengan penceroboh.

“Oleh kerana sedih dengan kematian putera tunggalnya Raja Batak memerintah­kan agar semua ahli nujum menghidupk­an kembali anaknya bagaimanap­un anaknya hanya boleh hidup selama seminggu sahaja.

“Bagi menghilang­kan kesedihan raja penduduk kampung mula membuat satu patung yang boleh bergerak semasa muzik dimainkan dan raja gembira dengan patung terbabit berikutan boleh mengurangk­an kesedihan yang dialami.

“Sejak dari itulah patung si Gale-Gale wujud dan mula dimainkan apabila ada acara kebudayaan sehingga kini,” katanya.

 ??  ?? PESAWAT AirAsia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit. KUMPULAN AirAsia merakamkan gambar kenangan bersama penari tradisiona­l masyarakat Batak.
PESAWAT AirAsia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit. KUMPULAN AirAsia merakamkan gambar kenangan bersama penari tradisiona­l masyarakat Batak.
 ??  ?? HIDANGAN menu semasa penerbanga­n AirAsia. yang boleh didapati Chicken Teriyaki
HIDANGAN menu semasa penerbanga­n AirAsia. yang boleh didapati Chicken Teriyaki
 ??  ?? SALAH satu kumpulan penyanyi tempatan di Pulau Samosir, sesuai kegiatan harian masyarakat Batak yang sukakan hiburan.
SALAH satu kumpulan penyanyi tempatan di Pulau Samosir, sesuai kegiatan harian masyarakat Batak yang sukakan hiburan.
 ??  ?? BATU Persidanga­n yang digunakan untuk menghukum ribuan pesalah satu masa dahulu.
BATU Persidanga­n yang digunakan untuk menghukum ribuan pesalah satu masa dahulu.
 ??  ?? PENJARA untuk pesalah sebelum menjalani hukuman.
PENJARA untuk pesalah sebelum menjalani hukuman.
 ??  ?? KALENDAR Batak yang menentukan hari penghukuma­n.
KALENDAR Batak yang menentukan hari penghukuma­n.
 ??  ?? PERALATAN utama yang digunakan untuk sesi penghukuma­n.
PERALATAN utama yang digunakan untuk sesi penghukuma­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia