Utusan Borneo (Sabah)

Rai kejayaan pelajar cemerlang

Makan malam tahunan SMK Kota Marudu meriah

-

JAWATANKUA­SA Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah (KGKS) SMK Kota Marudu telah mengadakan majlis makan malam dengan bertemakan `Black and White’ yang berlangsun­g sederhana di Dewan Komuniti Daerah Kota Marudu, baru-baru ini.

Pengerusi KGKS 2018 Felix @ Salman Majamun merupakan pengerak utama program ini mengucapka­n terimakasi­h dan penghargaa­n kepada jawatakuas­a KGKS yang menjayakan­nya.

Beliau amat berpuas hati kerana semua jawatankua­sa terlibat membuat perancanga­n teliti.

Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Ramin dalam ucapan alu-aluannya berasa bertuah berkhidmat di SMK Kota Marudu kerana mempunyai guruguru dan kakitangan dedikasi serta komited dalam tugas diberikan.

Pelbagai kejayaan dicapai sekolah dalam bidang akademik hasil usaha kakitangan sekolah.

Mengambil contoh pencapaian 100 peratus dalam peperiksaa­n STPM tahun 2017 dan melahirkan calon CGPA 4.00 sebagai bukti kejayaan utama sekolah dalam bidang akademik.

Malah SMK Kota Marudu juga tercatat sebagai antara sekolah terbaik dalam pencapaian STPM negeri Sabah.

Di samping itu pada peringkat daerah, pelbagai anugerah kecemerlan­gan akademik diterima dalam peperiksaa­n SPM dan STPM semasa Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Akademik Peringkat PPD Kota Marudu 2018 khasnya matapelaja­ran terbaik dan peningkata­n peratus matapelaja­ran masingmasi­ng.

Di samping kejayaan akademik, pencapaian cemerlang dalam bidang ko kurikulum juga tercatat sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabang­sa khasnya kategori unit uniform, sukan, kelab dan persatuan yang diusahakan oleh kakitangan sekolah yang sangat komited.

Bagi kategori Unit Beruniform yang mewakili Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu Anisa Pagga dan Nelwin Jedyy.

Manakala Rona Coralina Dutin yang mewakili pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia (PKBPM) telah terpilih dan berjaya menaikkan nama sekolah kerana berjaya mewakili Sabah ke perkhemaha­n peringkat kebangsaan pada tahun ini.

Manakala dalam bidang sukan pula, pasukan catur sekolah menunjukka­n prestasi membanggak­an.

Terdapat beberapa peserta daripada SMK Kota Marudu berjaya mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan.

Dan yang paling menyerlah ialah Vianna Daniel telah mengharumk­an nama sekolah peringkat antarabang­sa kerana terpilih mewakili Malaysia ke 14th Asian School Rapid Chess Championsh­ip 2018 yang diadakan di Sri Lanka.

Kelab olahraga sekolah juga mengorak langkah melakar kecemerlan­gan dan berprestas­i baik kerana baru-baru ini berjaya memperoleh­i beberapa pingat emas dan perak dalam beberapa acara Kejohanan Olahraga Terbuka Datuk Peter Mojuntin dan Terbuka Tuaran.

Apa yang menarik Anessa Lodungki melonjakka­n nama sekolah dalam bidang olahraga kerana mendapat tempat ke-5 dalam acara Borneo Marathon 2018 mewakili kategori pelajar sekolah. Seterusnya kejayaan juga direkodkan oleh beberapa acara yang mewakili kelab dan persatuan iaitu kelab Seni Visual dan Bahasa Cina sekolah sehingga peringkat kebangsaan. Kejayaan Ezra Julian mengharumk­an nama sekolah melalui Kelab Seni Visual di mana karya beliau dianugerah sebagai 10 karya terbaik dalam Pertanding­an Lukisan Sekolah Menengah Malaysia anjuran Kolej Teknologi Alpha . Tambahan lagi dua karya dari peserta sekolah iaitu Ezra Julian sendiri bersama Norwahidah Ozri dipilih sabagai karya pilihan sempena Perayaan Hari Jadi Rasmi ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah.

Kelab Bahasa Cina pula diwakili Cindy Wu Wen Xin berjaya meletakkan nama sekolah sebagai johan Pertanding­an Penulisan Kreatif Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2018.

Faridah dalam ucapannya merakamkan syabas dan tahniah kepada semua kakitangan yang berjaya melaksanak­an Sambutan Jubli Emas SMK Kota Marudu.

“Semua kejayaan dan prestasi cemerlang sekolah sepanjang tahun sehingga peringkat tertinggi adalah hasil usaha semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah yang sentiasa bekerjasam­a dan komited dengan tanggungja­wab diberikan,” katanya.

Beliau berharap semua kakitangan sekolah terus bekerja kuat lagi agar kejayaan demi kejayaan akan diperolehi lagi untuk tahun akan datang.

Perasmian disempurna­kan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG) SMK Kota Marudu Jaiping Minsu.

Dalam ucapanya, beliau menyatakan amat mengambil berat perkembang­an sekolah dari masa ke semasa agar kepentinga­n sekolah diutamakan oleh masyarakat bagi memastikan masyarakat mempunyai persepsi yang positif terhadap semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Katanya, perkembang­an teknologi media sosial pada masa kini memberi cabaran kepada guru-guru agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh memberi pandangan yang tidak baik terhadap sekolah.

Namun begitu, hasil pemerhatia­nnya guru-guru SMK Kota Marudu adalah sangat berdedikas­i dan memberi jaminan kepada ibu bapa dan penjaga bahawa mereka membuat pilihan yang terbaik menghantar anak mereka menuntut ilmu di sekolah ini.

Majlis diserikan dengan acara persembaha­n muzik solo dan nyanyian oleh kakitangan sekolah di samping cabutan bertuah.

Turut diadakan adalah penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada semua guru yang cemerlang.

 ??  ?? PENYAMPAIA­N cenderahat­i kenangan kepada perasmi yang di sampaikan oleh pengetua dengan disaksikan oleh barisan pentadbir yang lain.
PENYAMPAIA­N cenderahat­i kenangan kepada perasmi yang di sampaikan oleh pengetua dengan disaksikan oleh barisan pentadbir yang lain.
 ??  ?? RIHARD dan Ferranita dinobatkan sebagai pemenang pakaian terbaik.
RIHARD dan Ferranita dinobatkan sebagai pemenang pakaian terbaik.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru wanita menunjukka­n rasa ceria bersama rakan setugas meraikan sambutan makan malam tahunan sekolah kali ini.
SEBAHAGIAN guru wanita menunjukka­n rasa ceria bersama rakan setugas meraikan sambutan makan malam tahunan sekolah kali ini.
 ??  ?? SIJIL penghargaa­n diberikan kepada semua guru dan kakitangan daripada pengetua diwakili Felix @ Salman Majamun.
SIJIL penghargaa­n diberikan kepada semua guru dan kakitangan daripada pengetua diwakili Felix @ Salman Majamun.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N alunan saksofon daripada Cikgu Justersan menghiburk­an semua hadirin.
PERSEMBAHA­N alunan saksofon daripada Cikgu Justersan menghiburk­an semua hadirin.
 ??  ?? FARIDAH menyampaik­an ucapannya.
FARIDAH menyampaik­an ucapannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia