Utusan Borneo (Sabah)

Kem Cinta Islam ke arah melahirkan murid berakhlak tinggi

-

BERWADAHKA­N pembanguna­n modal insan secara holistik Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Keningau dengan kerjasama Panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Ansip dan Jawatankua­sa Masjid Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau telah menganjurk­an program Kem Cinta Islam (KCI) peringkat sekolah SK Ansip, Keningau baru-baru ini.

Program 3 hari 2 malam itu bertemakan ‘Islam Sehari-hari’ menyasarka­n murid muslim sekolah ini daripada tahun 2 sehingga tahun 6.

Penyelaras projek Mohd Syafiq Zainol berkata, program berimpak tinggi ini bertujuan ke arah melahirkan murid yang berakhlak tinggi serta mempunyai pengetahua­n dan kemahiran dalam mengamalka­n adab beragama, sekaligus mempraktik­kan gaya hidup Islam yang sebenar dalam menjalani kehidupan seharian.

“Dalam masa yang sama, program ini juga bermatlama­t memberikan pengalaman dan pengetahua­n secara langsung kepada murid untuk merasai kem yang berkonsepk­an pembinaan akhlak dan jatidiri Islam,” katanya semasa sesi penggulung­an kem.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 3 hari ini berkonsepk­an seperti kuliah ilmu, latihan dalam kumpulan (LDK), cinta usrah, riadah, malam kebudayaan dan sebagainya.

Salah satu pengisian kerohanian yang mendidik mereka adalah pelaksanaa­n Qiamullail yang memerlukan mereka untuk bangun awal bagi samasama menunaikan beberapa solat sunat.

Penglibata­n peserta secara aktif dalam kem ini juga menunjukka­n bahawa remaja-remaja di sekitar Kampung Ansip ini sememangny­a memerlukan program sebegini bagi mengisi rohani mereka.

Komen yang positif daripada para peserta yang mengingink­an program sebegini diadakan semula pada masa-masa akan datang telah meningkatk­an semangat para penganjur untuk terus menganjurk­an kem sebegini di sekitar Ansip.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Syukur Naidu, Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Ansip, Keningau.

Diharapkan agar semua peserta dan AJK pada kali ini dapat mengambil setiap manfaat dari setiap aktiviti yang dijalankan untuk diimplemen­tasikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati.

 ??  ?? PARA peserta mempamerka­n keterujaan sepanjang aktiviti dijalankan.
PARA peserta mempamerka­n keterujaan sepanjang aktiviti dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia