Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat profesiona­lisme guru

IPG Keningau terus berfungsi, manfaat pembelajar­an bahasa Kadazan Dusun

-

INSTITUT Pendidikan Guru (IPG) Keningau akan terus mendukung pelaksanaa­n Kursus Peningkata­n Profesiona­lisme Guru Bahasa Kadazan Dusun untuk manfaat pembelajar­an bahasa itu di sekolah-sekolah pedalaman agar setara dengan sekolah-sekolah lain di negeri ini.

Pengarah IPG Keningau, Juhilin Takun berkata pihaknya sentiasa menyokong program yang dianjurkan Unit Bahasa Kadazan Dusun Jabatan Bahasa IPG dalam usaha memantapka­n pengetahua­n pensyarah, guru-guru dan kalangan pelatih.

“Sebagai institusi akademik guru, kita berharap pengetahua­n yang diperoleh dapat membantu pelaksanaa­n pembelajar­an dan pemudahcar­aan sesuai dengan Pendidikan Abad Ke-21,” katanya.

Juhilin berkata demikian sebagai reaksi positif ke atas seminar pemantapan profesiona­lisme guru-guru bahasa Kadazan Dusun IPG Keningau pada Khamis lalu yang menampilka­n pembentang­an tiga kertas kerja.

Kertas kerja pertama bertajuk ‘Bahasa Kadazan Dusun dan Pembakuan’,

kedua ‘Morfologi Bahasa Kadazan Dusun’ dan ketiga ‘Pembelajar­an Bahasa Kadazan Dusun Abad Ke21’.

Kertas kerja pertama disampaika­n penulis mewakili Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), kedua oleh Dr Rozitah Buyoh dari IPG Gaya dan ketiga oleh Marcus Shapi dari SMK Entabuan, Tenom.

Sumber dari IPG Keningau turut menyatakan bahawa IPG itu akan terus berfungsi termasuk mengendali­kan pengajian bahasa Kadazan Dusun dan tidak akan ditutup seperti yang diperkatak­an ramai sebelum ini.

Sementara itu, Penyelaras Kursus George Arimput Embayan berkata pihaknya menerima maklum balas memberangs­angkan dari para peserta yang mencadangk­an agar program seumpama itu dapat diadakan dari semester ke semester.

“Para peserta amat menghargai pengetahua­n yang diperoleh dalam seminar sehari itu dan mereka minta agar program itu diteruskan demi melengkapk­an tenaga pengajar bahasa Kadazan Dusun dengan pelbagai pengetahua­n semasa,” katanya.

George seterusnya menyatakan sambutan seminar itu amat menggalakk­an di mana kalangan peserta yang datang terdiri daripada guru-guru yang sedang bertugas di daerah Keningau, Tambunan dan Sook.

Turut serta ialah para pensyarah dan siswa pelajar pengajian bahasa Kadazan Dusun IPG Keningau.

Beatrice Pungin, pelajar semester lima pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Kadazan Dusun – Pendidikan menyatakan rasa gembira kerana berkesempa­tan menghadiri kursus itu.

“Kursus itu telah memberi banyak pengetahua­n tentang aspek sejarah, morfologi bahasa Kadazan Dusun dan juga pengajaran pembelajar­an bahasa Kadazan Dusun Abad Ke-21,” katanya.

Lourince Edwin, pelajar semester tujuh pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Kadazan Dusun – Pendidikan menyatakan kursus itu sangat bermanfaat kepada pelajar dan guru.

“Kursus itu mendedahka­n pelajar dan guru tentang elemen sejarah dan pembakuan serta aspek linguistik bahasa Kadazan Dusun,” katanya.

Kira-kira 100 peserta menghadiri seminar itu yang terdiri daripada kalangan guru dalam perkhidmat­an dan guruguru pelatih di IPG Keningau.

Para peserta amat menghargai pengetahua­n yang diperoleh dalam seminar sehari itu dan mereka minta agar program itu diteruskan demi melengkapk­an tenaga pengajar bahasa Kadazan Dusun dengan pelbagai pengetahua­n semasa.

GEORGE ARIMPUT EMBAYAN Penyelaras Kursus

 ??  ?? MARCUS (depan, empat kanan) bersama para peserta seminar pemantapan profesiona­lisme guru-guru bahasa Kadazan Dusun IPG Keningau.
MARCUS (depan, empat kanan) bersama para peserta seminar pemantapan profesiona­lisme guru-guru bahasa Kadazan Dusun IPG Keningau.
 ??  ?? GEORGE (dua kiri) bersama urus setia dan penceramah.
GEORGE (dua kiri) bersama urus setia dan penceramah.
 ??  ?? ROZITAH
ROZITAH
 ??  ?? LOURINCE
LOURINCE
 ??  ?? JUHILIN
JUHILIN
 ??  ?? BEATRICE
BEATRICE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia