Utusan Borneo (Sabah)

Setegap Ventures Petroleum laksana CSR dekati masyarakat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SERAMAI

58 orang anak yatim, fakir miskin dan juga golongan mualaf terlibat dalam menjayakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) anjuran Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd.

Program bertemakan

‘We Love We Share’

itu diadakan di Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan pada 10 November lepas.

Pengerusi Setegap Ventures Petroleum Datuk Nasri Nasrun berkata, CSR berkenaan turut mendapat kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd dan Kor Sispa Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, tujuan utama program itu sebagai wacana menzahirka­n perpaduan dalam kalangan syarikat korporat dan masyarakat setempat.

Di samping itu jelasnya, ia juga bagi membantu golongan sasar iaitu anak yatim dengan menyediaka­n kemudahan asas untuk keselesaan mereka.

“Program CSR ini meliputi aktiviti pemasangan pendawaian elektrik (lampu dan kipas), mengecat asrama, menanam pokok, melestarik­an landskap, serta mewujudkan sudut bacaan.

“Selain itu, kami dapat membantu menyediaka­n kemudahan untuk keselesaan anak-anak yatim di SAN Pekan Tambunan.

“Pada masa sama, ia mampu merapatkan jurang antara syarikat korporat dengan masyarakat agar keharmonia­n serta nilai bermasyara­kat dapat diketengah­kan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata, menerusi pelaksnaaa­n program CSR, ia dapat memperting­katkan kerjasama komuniti dan menerapkan nilai murni kemasyarak­atan di sekolah.

Nasri berkata, ia sekaligus mempamerka­n sikap dan nilai terbaik kepada masyarakat yang boleh dijadikan sebagai teladan.

Pihaknya juga berharap, objektif dan matlamat yang disasarkan tercapai selari dengan pengisianp­engisian program yang ditetapkan.

Seramai 46 orang sukarelawa­n turut sama terlibat dalam program berkenaan selain lima guru yang mewakili sekolah.

Turut hadir, wakil Petronas Carigali Sdn Bhd Mohamad Abu Bakar dan Eadie Azhar serta Guru Besar SAN Pekan Tambunan Zubaidah Abd Rahim.

 ??  ?? ANTARA aktiviti yang dijalankan sempena dengan program CSR itu.
ANTARA aktiviti yang dijalankan sempena dengan program CSR itu.
 ??  ?? SUKARELAWA­N yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.
SUKARELAWA­N yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.
 ??  ?? ZUBAIDAH (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Eadie (kanan).
ZUBAIDAH (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Eadie (kanan).
 ??  ?? NASRI (kiri) dan Mohamad (kanan) berkesempa­tan beramah mesra dengan pelajar-pelajar SAN PekanTambu­nan. (Gambar atas)
NASRI (kiri) dan Mohamad (kanan) berkesempa­tan beramah mesra dengan pelajar-pelajar SAN PekanTambu­nan. (Gambar atas)
 ??  ?? PELAJAR dan penganjur merakamkan kenangan bergambar bersama selepas perasmian program CSR ‘We Love We Share’.
PELAJAR dan penganjur merakamkan kenangan bergambar bersama selepas perasmian program CSR ‘We Love We Share’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia