Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kenaikan cukai korporat dalam tempoh terdekat: Lim

Berpotensi dikurangka­n jika kedudukan fiskal bertambah baik

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan cukai korporat yang ketika ini pada kadar 24 peratus dalam tempoh terdekat walaupun berdepan kedudukan fiskal yang lemah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan akan mengekalka­n kadar sedia ada itu malah berpotensi dikurangka­n jika kedudukan fiskal kerajaan bertambah baik.

“Saya rasa kadar cukai korporat boleh dikurangka­n daripada 24 peratus, tetapi ini tentu memerlukan masa,” katanya semasa berucap merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2018 di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah.

Lim berkata kerajaan sedang memulihkan semula kedudukan kewangan kerajaan ke tahap yang baik namun proses ini dijangka memerlukan masa.

“(Pemulihan kedudukan fiskal) ini bukan (dapat dicapai) dalam jangka pendek atau jangka sederhana,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Lim berkata kerajaan akan melaksanak­an pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) serta cukai pendapatan berjumlah RM37 bilion kepada syarikat dan individu yang terlibat mulai awal 2019.

“Jadi, boleh dikatakan perkara membabitka­n pemulangan semula GST dan cukai pendapatan sudah selesai. Jangan buang masa bertanyaka­n soalan ini (dalam seminar ini) kerana kerajaan menjamin akan membayarny­a semula.

“Kerajaan tidak akan menggunaka­n walaupun ‘sekupang’ (10 sen) daripada cukai yang dikutip daripada rakyat tetapi akan pulangkann­ya kembali,” katanya.

SPK adalah program pendidikan percukaian anjuran LHDN setiap tahun yang diadakan sebaik sahaja selesai pembentang­an belanjawan tahunan kerajaan.

Penganjura­n SPK 2018 adalah yang ke-36 sejak 1974 dan bagi tahun ini SPK akan diadakan di 24 lokasi di seluruh negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LIM (tengah) melancarka­n Seminar Percukaian Kebangsaan 2018 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Sabin Samitah (kanan) dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.
— Gambar Bernama LIM (tengah) melancarka­n Seminar Percukaian Kebangsaan 2018 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Sabin Samitah (kanan) dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia