Utusan Borneo (Sabah)

Bloody Revenge bakal ditayangka­n Disember

-

BLOODY Revenge sebuah filem aksi yang dihasilkan oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menemui penonton pada Disember ini.

Serba sedikit sinopsis filem ini adalah mengisahka­n Adam yang mengantika­n tempat ayahnya berkerja sebagai pengawal peribadi Dato Mustapha.

Dato Kamal pesaing terhebatny­a dalam dunia perniagaan telah sanggup membuat kejahatan terhadap sesiapa sahaja yang ingin menghalang­nya untuk terus menjadi kaya-raya, sehingga yang tidak bersalah terkorban.

Siapakah yang akan menyelamat­kan keadaan dendam berdarah ini, segala persoalan akan terjawab selepas menonton filem ini pada bulan Disember 2018.

Seramai sembilan orang ahli Nakama Production menggalas tanggunjaw­ab besar demi menjayakan filem pendek ini.

Felecia Anna Ross yang merupakan pengarah Bloody Revenge, mengakui mengarah filem aksi adalah suatu yang amat mencabar baginya lebih-lebih lagi dirinya perempuan.

Namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk mendapatka­n hasil yang gempak.

“Dalam menghasilk­an setiap babak filem aksi ini, saya tidak keseoranga­n dengan adanya kru yang lain yang sentiasa menjadi tulang belakang untuk menjayakan filem ini.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para pelakon Bloody Revenge, serta Kru Nakama Production kerana memberi komitmen yang padu bagi merealisas­ikan kejayaan filem ini,” katanya.

Bloody Revenge bakal menemui penonton pada 12, 13 dan 14 Disember depan di Dewan Resital UMS.

Untuk keterangan lanjut dan pembelian tiket penayangan hubungi Genesan (011-21809370) selaku pengurus produksi) dan ikuti perkembang­an filem ini di laman Facebook: Nakama Production dan Instagram : nakamaprod­uction.

 ??  ?? PELAKON dan Kru Nakama Production.
PELAKON dan Kru Nakama Production.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? FELECIA ANNA
FELECIA ANNA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia