Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Portugal bimbang keadaan makin tidak selamat di Mozambique

-

LISBON: Kerajaan Portugal kelmarin melahirkan kebimbanga­n berhubung peningkata­n rasa tidak selamat dalam kalangan rakyatnya yang berada di Mozambique selepas penculikan dan pembunuhan ahli perniagaan Jose Paulo Antunes Caetano, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan Kementeria­n Hal Ehwal Luar Portugal, Ketua Pengarah Dasar Luar negara itu Pedro da Costa Pereira telah memaklumka­n Duta Mozambique ke Portugal Joaquim Bule bahawa persepsi itu telah diperkukuh oleh beberapa episod membabitka­n kehilangan atau kematian rakyat Portugal di negara Afrika tersebut.

Portugal memberikan keutamaan ke atas keadaan keselamata­n di mana kebanyakan komuniti Portugal di Mozambique tinggal.

Kenyataan itu menyebut komuniti tersebut telah menyumbang secara signifikan terhadap pembanguna­n ekonomi dan sosial Mozambique.

Bagi memastikan keselamata­n rakyat Portugal di Mozambique, kerajaan Portugal telah menzahirka­n komitmenny­a untuk meneroka dengan pihak berkuasa Mozambique potensi mewujudkan instrumen dua hala dan kemungkina­n mekanisme baharu bagi membolehka­n satu pertukaran maklumat yang mencukupi antara kedua-dua negara, menurut kenyataan itu.

Ahli perniagaan Portugal yang diculik itu telah ditemui mati pada Ahad berhampira­n ibu kota Mozambique iaitu Maputo, setelah tebusan yang diminta dibayar sejurus selepas beliau diculik pada Jumaat.

Seorang lagi pengusaha Americo Sebastiao telah diculik dan masih hilang sejak 29 Julai 2016 di Nhamapadza dalam daerah Maringue, Mozambique tengah.

Portugal sering menawarkan kerjasama dalam bidang kehakiman dengan Mozambique bagi mengesan ahli perniagaan yang hilang namun pihak berkuasa Mozambique telah menolak, lapor agensi berita Portugal Lusa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia