Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Jerman dibicara kerana curi barangan Lennon

-

BERLIN: Pendakwa raya Jerman kelmarin mendakwa seorang lelaki berusia 59 tahun bagi kecurian beberapa jenis objek, termasuk beberapa diari, dicuri dari estet mendiang penyanyi Beatle, John Lennon.

Tertuduh, dikenal pasti sebagai Erhan G., akan berdepan perbicaraa­n mengenai dakwaan bagi kecurian dan penipuan.

Dia dituduh menerima wang pendahulua­n sebanyak 785,150 euro pada Oktober 2014 dari sebuah rumah lelongan untuk barang-barang yang dicuri dari pangsapuri di New York milik balu Lennon, Yoko Ono.

G. ditangkap di Berlin pada tahun lepas. Pada masa itu, pendakwa raya berkata dia telah “memberi pengakuan meluas” dalam kes tersebut.

Selain diari Lennon, pada tahun lepas polis menyerbu rumah lelongan Berlin yang bankrap menemui beberapa keping surat, poskad, lukisan, rakaman secara langsung bagi satu konsert Beatle, termasuk beberapa pasang cermin mata pemuzik tersebut.

Objek tersebut dikatakan telah dicuri oleh pemandu Ono pada 2006.

Pemandu, Koral Karsan, menetap di Turki dan polis Jerman tidak dapat menangkap dia.

Bekas pemandu itu bekerja dengan Ono dari tahun 1995 hingga 2006. Dia dipenjarak­an selama 60 hari pada 2007 di Amerika Syarikat kerana cuba memeras ugut Ono.

Pendakwa raya tidak menyatakan bagaimana G. mendapatka­n barang-barang yang dicuri daripada Karsan.

Bersama seorang anggota Beatle lagi Paul McCartney, Lennon telah menulis sebahagian daripada lagu-lagu terkenal Fab Four termasuk “Help” dan “With a Little Help from My Friends”, sebelum kumpulan tersebut berpecah pada 1970.

Barang-barang miliknya sejak itu menjadi barang yang dikumpul peminat.

Sehelai jaket kulit yang dikatakan dipakai oleh Lennon telah dijual pada harga 10,400 (11,700 euro; $13,800) semasa satu lelongan di England pada Februari lalu. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? DALAM gambar fail dirakam pada 21 November, sebahagian barang yang dicuri dari estet Lennon dipamerkan semasa sidang media di Berlin. — Gambar AFP
DALAM gambar fail dirakam pada 21 November, sebahagian barang yang dicuri dari estet Lennon dipamerkan semasa sidang media di Berlin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia