Utusan Borneo (Sabah)

800 peserta hadiri Taklimat Gempa Bumi, Latih Amal Tsunami

-

TAWAU: Lebih 800 peserta menyertai Taklimat Program Kesedaran Awam mengenai Bencana Gempa Bumi dan Tsunami serta Latih Amal Tsunami 2018.

Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pelaksanaa­n Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara Zakaria Shaaban berkata, bagi tujuan Latih Amal Tsunami, beberapa siri taklimat diadakan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

“Pada hari ini, beberapa taklimat latih tsunami akan diberikan untuk memberi pendedahan dan penjelasan sebagai persiapan eksersais untuk esok pagi.

“Selain itu, semua agensi terlibat juga akan turut diperincik­an dengan maklumat mengenai peranan agensi masing-masing, di samping membuat penyelaras­an tindakan untuk menjayakan eksersis ini,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Zakaria turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama, mengikut arahan yang diberikan pihak keselamata­n serta tidak panik sebaik sahaja siren amaran dibunyikan.

Menurut Zakaria, latihan amal yang sama dilaksanak­an secara kerap dilokasi-lokasi berisiko tinggi di seluruh negara.

“Kita berharap program ini dapat dilaksanak­an di seluruh negara walau bagaimana terdapat kekangan dari segi masa dan sebagainya.

“Jadi, tumpuan akan diberi kepada lokasi berisiko tinggi pada setiap tahun supaya setiap agensi tahu peranan masingmasi­ng dan mereka tahu apa yang perlu dibuat sekiranya bencana benar-benar berlaku,” jelasnya kepada pemberita.

Program berkenaan melibatkan pelbagai agensi keselamata­n dan penguatkua­saan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkua­sa Maritim Malayswia (APMM), Jabatan Kesihatan dan agensi kerajaan serta wakil Badan Bukan Kerajaan(NGO)danmasyara­kat setempat.

Hadir sama dalam program berkenaan adalah Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia, Alui Bahari.PENERANGAN

 ??  ?? ZAKARIA (10 dari kanan) dan Alui (sembilan dari kanan) bergambar bersama-sama para peserta yang terlibat.
ZAKARIA (10 dari kanan) dan Alui (sembilan dari kanan) bergambar bersama-sama para peserta yang terlibat.
 ??  ?? WAKIL Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) turut memberi penerangan berkenaan gempa bumi dan sesar aktif di Sabah.
WAKIL Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) turut memberi penerangan berkenaan gempa bumi dan sesar aktif di Sabah.
 ??  ?? WAKILPDRMt­urutmenyam­paikan taklimat berkenaan Pelan Pengoperas­ian Pengurusan Bencana.
WAKILPDRMt­urutmenyam­paikan taklimat berkenaan Pelan Pengoperas­ian Pengurusan Bencana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia