Utusan Borneo (Sabah)

MFL sedia anjur Piala FAM jika perlu: Kevin

-

PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedia mengambil alih tugas penganjura­n Piala FAM, sekiranya khidmat mereka diperlukan, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam.

Beliau berkata memang menjadi tanggungja­wab MFL menganjurk­an pertanding­an di peringkat Liga Malaysia (LigaM), jadi tidak menjadi masalah untuk pihaknya mengambil alih penganjura­n liga divisyen ketiga itu daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Tetapi buat masa ini cuma khabar angin, tiada apa yang pasti, saya rasa dalam beberapa minggu yang akan datang ini, kita akan dapat kepastian. Sebenarnya kita akan bincangkan pada mesyuarat mingguan jika ada apa-apa khabar angin atau berita melibatkan MFL.

“Perkara ini sudah timbul, pengurusan dan sekretaria­t MFL sudah pun berbincang bersama adakah kita punya sumber dari segi kakitangan, masa dan sebagainya jika diminta (untuk menganjurk­an),” katanya ketika ditemui pemberita selepas pra-pelancaran World Football Summit Asia (WFSA) di sini, pada Selasa.

Kevin diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa MFL bakal mengambil alih Piala FAM berikutan hanya enam pasukan sahaja yang mengesahka­n penyertaan untuk liga semi-profesiona­l itu untuk musim 2019, berbanding 12 pasukan pada musim ini.

MFL buat masa ini menganjurk­an dua divisyen teratas Liga-M, iaitu Liga Super dan Liga Premier.

Kevin berkata kejayaan liga amatur dan komuniti penting untuk mendorong dan membantu kejayaan liga profesiona­l kerana dari situlah lahirnya pemain-pemain berbakat yang berkeboleh­an memulakan karier profesiona­l mereka.

“Divisyen Tiga kita ialah sebahagian daripada piramid bola Liga-M dan kita kena pastikan piramid itu stabil dan berjaya. Jika diberi peluang untuk menganjurk­an, kita akan kaji dengan mendalam apa puncanya untuk sesuatu liga yang satu masa dulu ada sehingga 18 pasukan, kini tinggal enam pasukan sahaja.

Jika sesuatu perlu digubal atau ditukar bagi memastikan kelestaria­n bola sepak amatur, kita perlu ubah. Tapi apa yang saya lihat, bola sepak yang sepatutnya amatur di tahap itu, atau sepatutnya sedikit semi pro sahaja, dan bukan dikira pro, telah dijadikan macam Liga Premier juga,” katanya.

Untuk beraksi di Liga Super, iaitu divisyen teratas Liga-M, sesuatu pasukan perlu beraksi di Piala FAM terlebih dahulu, di mana hanya dua pasukan teratas dari liga itu akan naik ke Liga Premier pada musim seterusnya, manakala dua pasukan teratas Liga Premier akan mara ke Liga Super.

Dua pasukan tercorot pada setiap liga akan disingkirk­an ke divisyen yang lebih rendah. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam (kanan) merasmikan ‘World Football Summit (WFS) Asia’ 2018. Turut hadir (dari kiri) Pengarah WFS Marian Otamendi, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif WFS Mohan Rajaratnam dan Pengarah Urusan SEA La Liga Ivan Codina.
-Gambar Bernama SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam (kanan) merasmikan ‘World Football Summit (WFS) Asia’ 2018. Turut hadir (dari kiri) Pengarah WFS Marian Otamendi, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif WFS Mohan Rajaratnam dan Pengarah Urusan SEA La Liga Ivan Codina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia