Utusan Borneo (Sabah)

Donald Mojuntin dilantik anggota Dewan Negara

-

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis melantik Timbalan Presiden UPKO Datuk Donald Peter Mojuntin sebagai anggota Dewan Negara berkuat kuasa bulan depan.

Seramai 43 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir sebulat suara memilih bekas ADUN Moyog itu setelah dicadangka­n oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jaujan Sambakong dan disokong oleh Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Negeri Datuk Peter Anthony.

Mojuntin, 53, akan memikul tugas sebagai senator menggantik­an Naib Presiden UPKO Datuk Dr Lukas Umbul, yang tamat perkhidmat­annya sebagai anggota Dewan Negara pada 9 Dis depan.

Umbul, 60, berkhidmat sebagai anggota Dewan Negara sejak dilantik pada 2008.

DUN Sabah turut melantik tujuh anggota dewan untuk menganggot­ai Jawatankua­sa Tetap Sabah, yang berperanan memastikan rangkaian akauntabil­iti perjalanan sidang DUN, kerajaan negeri dan rakyat di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia