Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah: Rosmah dan Rizal masing-masing diikat jamin RM1 juta

-

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim Azman Ahmad membenarka­n Rosmah, 66, membayar jaminan RM500,000 pada Selasa manakala bakinya hendaklah diselesaik­an dalam masa tujuh hari dan menetapkan 10 Dis untuk sebutan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar mencadangk­an wang jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin terhadap Rosmah dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah bersetuju dengan jumlah itu bagaimanap­un memberitah­u mahkamah bahawa pasport anak guamnya telah diserahkan kepada Mahkamah Sesyen berlainan bagi kes lain.

“Pihak pembelaan juga memohon supaya bayaran dibuat secara berperingk­at dalam tempoh 10 hari,” katanya.

Bagaimanap­un Umar Saifuddin membantah permohonan itu dan memohon supaya jumlah RM1 juta itu dilunaskan sekali gus.

Terdahulu, selepas pertuduhan dibacakan Rosmah yang memakai baju kurung dan tudung serba hijau menjawab “tak salah dan minta dibicaraka­n”.

Suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir ke mahkamah dan kelihatan memegang tangan isterinya semasa mereka berjalan masuk ke bilik bicara.

Turut kelihatan di mahkamah ialah Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki , Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Anggota Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor, 44, yang menghadapi empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin.

Hakim Rozina Ayob turut membenarka­n permohonan peguam Ridha Abdah Subri, yang mewakili Rizal supaya tertuduh membayar jaminan itu secara ansuran iaitu RM500,000 dibayar hari ini dan bakinya dibayar selewatlew­atnya pada 22 Nov.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menyerahka­n pasport antarabang­sanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar berkata keduadua pihak bersetuju tertuduh dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin tetapi pihaknya membantah jaminan itu dibayar secara ansuran.

Bagaimanap­un, Ridha Abdah yang mewakili Rizal bagaimanap­un memohon jaminan berkenaan dibayar secara ansuran atas alasan anak guamnya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang dia ditahan reman.

“Anak guam saya juga datang ke mahkamah hari ini secara sukarela dan tidak pernah melanggar apa-apa syarat jaminan ketika direman. Hari ini juga, penjamin kepada anak guam turut hadir ke mahkamah iaitu isteri dan adik perempuann­ya,” kata beliau.

Kamal Baharin turut memaklumka­n kepada mahkamah bahawa kes yang dihadapi Rizal mempunyai kaitan dengan kes yang dihadapi Rosmah.

“Oleh itu, saya memohon tempoh masa dua minggu untuk pihak kami membuat permohonan supaya kedua-dua kes berkenaan dibicaraka­n bersama,” katanya.

Bagaimanap­un, Hakim Rozina mengarahka­n pihak pendakwaan memfailkan permohonan rasmi dan menetapkan 29 Nov untuk sebutan semula kes.

Di awal prosiding, Rizal, yang memakai kemeja berbunga serta kot berwarna hitam, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah.

Dia yang tenang ketika berada di kandang tertuduh berkata: “Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n”. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia