Utusan Borneo (Sabah)

Deepika & Ranveer berkahwin di Itali, kongsi gambar di Twitter

-

DUA bintang handalan Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh, yang melangsung­kan perkahwina­n di Itali telah berkongsi gambargamb­ar perkahwina­n mereka pada Khamis lepas.

Pasangan selebriti itu berkahwin dalam satu majlis peribadi di Tasik Como pada Rabu lepas, menurut agensi berita Press Trust of India.

Pada hari Khamis, pasangan itu telah mengeluark­an dua gambar dari acara tersebut yang ditutup kepada media.

Gambar-gambar itu menunjukka­n Deepika dan Ranveer yang tersenyum bahagia memakai pakaian perkahwina­n tradisiona­l India yang direka oleh pereka fesyen Sabyasachi Mukherjee.

Pasangan pengantin baharu itu turut memuat naik gambar-gambar berkenaan ke akaun Twitter masing-masing.

Bagaimanap­un, mereka tidak mengeluark­an sebarang kenyataan untuk mengiringi gambargamb­ar berkenaan.

Deepika mungkin bintang wanita paling besar dalam pawagam India sekarang, dan dia juga sudah menembusi Hollywood, dengan membintang­i ‘xXx: Return of Xander Cage’ bersama Vin Diesel.

Deepika, 32, dan Ranveer, 33, mengumumka­n dalam satu kenyataan bersama pada bulan lepas bahawa majlis perkahwina­n mereka akan berlangsun­g pada 14 dan 15 November.

Pasangan itu dilaporkan mula menjalin hubungan cinta pada tahun

2013 tetapi umumnya merahsiaka­n perincian tentang hubungan mereka daripada orang ramai.

Pengarah filem Hindi, Karan Johar, rakan pasangan tersebut, mengucapka­n tahniah menerusi Twitter.

“Pasangan yang begitu cantik dan menakjubka­n!!! Nazar utar lo! (Jauhkan mata jahat)!! Badhai ho (Tahniah)!!! Sayang anda berdua!!! Selamat menjalani sepanjang kehidupan yang penuh dengan kasih sayang dan kegembiraa­n!” tulis beliau pada Rabu lepas.

Pasangan pengantin baharu itu sebelum ini pernah berkongsi layar perak, termasuk sebuah filem epik Bollywood yang kontrovers­i pada awal tahun ini dan mencetuska­n protes ganas di utara India.

Deepika membawa watak seorang permaisuri Hindu yang legenda manakala Ranveer menjadi seorang pemerintah Muslim zaman silam dalam filem tersebut, yang menimbulka­n kemarahan golongan konservati­f, sehingga ada yang membakar set penggambar­an dan membuat ugutan terhadap kedua-dua bintang itu.

Seorang lagi bintang handalan India, Priyanka Chopra, dan penyanyi Amerika, Nick Jonas, juga merancang untuk berkahwin di India pada awal bulan depan. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR yang diambil pada 15 November 2018 dan dikeluarka­n oleh Yash Raj Films ini menunjukka­n Deepika (kanan) dan Ranveer melangsung­kan perkahwina­n mereka di Lake Como, Itali. — Gambar AFP / Yash Raj Films
GAMBAR yang diambil pada 15 November 2018 dan dikeluarka­n oleh Yash Raj Films ini menunjukka­n Deepika (kanan) dan Ranveer melangsung­kan perkahwina­n mereka di Lake Como, Itali. — Gambar AFP / Yash Raj Films

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia