Utusan Borneo (Sabah)

JPN diminta selesai isu sijil lahir, kad pengenalan di Long Pasia

-

SIPITANG: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri M oh d Shaf i e Apdal meminta kerjasama pihak bertanggun­gjawab khususnya Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk menyelesai­kan masalah suku kaum Lundayeh di Long Pasia, dekat sini yang tidak mempunyai sijil lahir dan kad pengenalan.

“Hari ini saya membuat lawatan ke sini dan ada penduduk setempat yang berjumpa mengadu bahawa sehingga kini mereka tidak mempunyai sijil lahir serta kad pengenalan.

“Mereka bukan pendatang asing...mereka ini orang tempatan yang telah tinggal di kampung ini sejak berpuluh tahun lepas. Oleh itu kita harus selesaikan masalah ini dan kita minta kerjasama pihak berwajib untuk datang ke Long Pasia kerana mereka tidak boleh ke Kota Kinabalu kerana terlalu jauh dan jalan raya yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kunci bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pasia dan melawat beberapa kawasan di kampung berkenaan pada Jumaat.

Mohd Shafie berkata ketiadaan sijil lahir dan kad pengenalan itu perlu diselesaik­an kerana ia akan mendatangk­an masalah kepada persekolah­an anakanak.

Mengulas mengenai lawatan ke Kampung Long Pasia, beliau berkata ia adalah lawatan pertama beliau ke kampung berkenaan untuk melihat sendiri keadaan dan masalah yang dihadapi di situ.

“Dalam lawatan ini saya juga telah menyempurn­akan majlis penyerahan bangunan baharu SK Long Pasia dan pada masa yang sama saya dapati masih banyak kekurangan di sekolah ini.

“Oleh itu saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk membina kantin dan bangunan pentadbira­n SK Long Pasia. Selain itu, saya meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menaik taraf gereja Sidang Injil Borneo Long Pasia,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob supaya dibuka semula operasi Lapangan Terbang Long Pasia yang ditutup sejak sekian lama, Mohd Shafie berkata usaha untuk majukan pelanconga­n di kawasan itu perlu dilakukan sebelum mempertimb­angkan cadangan berkenaan.

“A payang penting kita perlu majukan produk peloncanga­n terlebih dahulu... ada tempat tinggal, tempat makan, dan perlu mewujudkan pusat tarikan pelancong.

“Tempat ini (Long Pasia) sangat cantik dan masih banyak perkara yang boleh dilakukan seperti membangunk­an industri ternakan dan industri bambu,” tambahnya.

Long Pasia terletak kirakira 130 kilometer dari pekan Sipitang, kampung ini bersempada­n antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan Timur, Indonesia, yang dihuni kira-kira 1,000 penduduk.

Long Pasia terletak kirakira enam jam perjalanan dari Pekan Sipitang hanya boleh dilalui jalan hutan balak dengan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda.-Bernama

 ??  ?? SHAFIE melawat Pusat e-Desa.
SHAFIE melawat Pusat e-Desa.
 ??  ?? SHAFIE memalu gong sebagai gimik perasmian.
SHAFIE memalu gong sebagai gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia