Utusan Borneo (Sabah)

Isteri tidak beri wang, bapa cekik anak

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KENINGAU: Seorang lelaki bertindak agresif dengan mencekik leher dan cuba melempar anaknya ke tengah jalan selepas marah tidak diberikan wang oleh isterinya di Kampung Feri Jalan Minawo di sini, pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau Asisten Superinten­dan Lee Nyuk Kim berkata suspek warga tempatan berumur 26 tahun dari Kampung Baginda ditahan polis selepas ditangkap orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah seorang penganggur serta mempunyai empat anak dan sedang dalam proses penceraian bersama isterinya yang selama ini bekerja menanggung semua perbelanja­an rumah.

“Dalam tempoh penceraian terbabit, isteri dan anaknya menumpang buat sementara di rumah saudara mereka di Kampung Feri,” katanya.

Menurutnya semasa kejadian suspek bertindak ke kampung terbabit untuk meminta wang daripada isterinya bagaimanap­un tidak dilayan menyebabka­n suspek marah.

“Suspek kemudianny­a mengheret anaknya di jalan sejauh 50 meter sebelum mengugut membunuh dengan cuba melemparka­n anaknya ke tengah jalan raya utama yang dilalui banyak kenderaan pada masa itu.

“Anak sulung mangsa turut dicekik selama seminit dan tindakan suspek berjaya dihentikan oleh abang iparnya,” katanya.

Menurutnya tindakan suspek menyebabka­n anaknya mengalami kecederaan pada bahagian leher dan diarahkan untuk mendapatka­n rawatan segera ke pihak doktor pakar kanak-kanak.

“Suspek kini ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia