Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan kualiti P&P sekolah

Saranan Christina kepada semua guru

-

KOTA KINABALU: Guru diingatkan supaya tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian cemerlang murid, sebaliknya terus berusaha meningkatk­an kualiti pengajaran dan pembelajar­an (P&P) di sekolah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, tanggapan ini perlu dikikis dalam minda setiap guru bagi memastikan kecemerlan­gan anak didik terus berkekalan.

“Pendidik perlu sedar, orang ramai terutama ibu bapa murid sentiasa mengukur pencapaian berdasarka­n standard kualiti yang sudah dijanjikan.

“Untuk itu, pendidik jangan cepat berasa puas dengan pencapaian pada hari ini. Mereka mesti sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmat­an yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Murid Cemerlang Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart Kota Kinabalu bagi Tahun 2018, di sini pada Jumaat.

Christina yang juga merangkap Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar itu berkata, kerjasama antara warga sekolah dan ibu bapa perlu dijadikan sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungja­wab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Jelasnya, sokongan dan dorongan ibu bapa amat penting dalam menentukan kecemerlan­gan anak mereka dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan sebagainya.

“Sebagai ibu bapa, kita juga perlu melakukan refleksi bermuhasab­ah, apakah cukup setakat menyerahka­n tanggungja­wab kepada guruguru dan pihak sekolah semata- mata.

“Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid- murid balik ke rumah,” katanya.

Pada majlis ini, Christina turut menyampaik­an replika cek sumbangan bernilai RM100 ribu kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SRK Sacret Heart Kota Kinabalu Daniel Tan.

Dana itu akan digunakan bagi pelaksanaa­n program

“Pendidik perlu sedar, orang ramai terutama ibu bapa murid sentiasa mengukur pencapaian berdasarka­n standard kualiti yang sudah dijanjikan. DATUK CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri

pembanguna­n di sekolah berkenaan, termasukla­h membina empat buah tandas untuk kegunaan warga sekolah.

Hadir sama ialah Guru Besar SRK Sacret Heart Kota Kinabalu Tony Ong Chin Wah.

 ??  ?? CHRISTINA (tiga, kanan baris depan) menyampaik­an sumbangan berupa replika cek bernilai RM100 ribu kepada Daniel pada majlis berkenaan, sambil disaksikan oleh Tony (tiga, kiri baris depan).
CHRISTINA (tiga, kanan baris depan) menyampaik­an sumbangan berupa replika cek bernilai RM100 ribu kepada Daniel pada majlis berkenaan, sambil disaksikan oleh Tony (tiga, kiri baris depan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia