Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur dipenjara 10 bulan

Atas kesalahan lupus harta curi

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang penganggur tempatan dikenakan penjara selama sepuluh bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan melupuskan harta curi sebuah motosikal.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Arthur Miden, 31, selepas mengaku salah.

Tertuduh melupuskan motosikal milik seorang lelaki berusia 30 tahun, pada 1 November antara jam 5.30 petang hingga jam 7 pagi di hadapan sebuah kilang, Inanam di sini.

Atas kesalahan itu Arthur didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Mengikut fakta kes, pengadu membuat laporan polis pada 2 Julai berkenaan dengan motosikaln­ya yang diletakkan di hadapan kilang didapati hilang.

Bertindak berdasarka­n maklumat pihak polis berjaya menangkap tertuduh pada 8 November di hadapan sebuah restoran di Inanam, di sini.

Setelah melakukan siasatan lanjut, tertuduh mengaku melupuskan motosikal terbabit yang diketahuin­ya sebagai harta curi.

Semasa rayuan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK) mengatakan, tertuduh sudah menyesal dengan perbuatan salah yang dilakukann­ya dan memohon hukuman ringan dikenakan.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang mempunyai empat anak menjalani tempoh pemenjaraa­n berkenaan bermula dari tarikh tangkap.

Sementara itu, Stephanie juga menetapkan sebutan semula kes pada 13 Disember terhadap tertuduh yang juga didakwa atas pertuduhan menggunaka­n dadah.

Keputusan itu dibuat sementara menunggu laporan kimia disediakan.

Untuk kesalahan terbabit, Arthur didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rasydan Jasni melakukan kedua-dua pendakwaan terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia