Utusan Borneo (Sabah)

Program Media Borneo di Labuan mampu tarik pelancong

- sumbangan Penerangan Labuan.

LABUAN: Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa mencadangk­an agar Persatuan Penggiat Media Labuan bersama dengan Perbadanan Labuan menganjurk­an Media Borneo bagi membolehka­n para penggiat media dari Sabah, Sarawak, Negara Brunei dan Kalimantan Indonesia untuk berkumpul di Labuan sebagai salah satu usaha memajukan industri pelanconga­n di Pulau Bebas cukai berkenaan.

Melalui program tersebut para pengamal media dari seluruh Borneo dapat berkumpul di samping berkenalan dan bertukar maklumat, pada masa yang sama mereka dapat melihat sendiri keindahan Pulau Labuan untuk diwar-warkan melalui penulisan artikel mahupun visual apabila mereka pulang ke negeri dan negara masing-masing.

Supian berkata demikian pada Majlis Malam Apresiasi Media anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutua­n Labuan di salah sebuah restoran terkemuka di sini, pada Rabu malam lepas.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussien yang juga penaung Persatuan Penggiat Media Labuan.

Menurut Supian, sekiranya idea itu dapat diangkat menjadi program tahunan maka tidak mustahil sektor pelanconga­n Labuan dapat dipertingk­atkan dengan kehadiran para pelancong dari sekitar Pulau Borneo.

“Ini kerana Labuan tidak kurang hebatnya dengan memiliki pemandanga­n indah yang aman dan damai yang mampu menarik minat para pengunjung luar untuk datang ke sini serta statusnya sebagai Pulau Bebas Cukai bagi tujuan destinasi membeli belah,” ujar Supian.

Pada majlis itu beliau berterima kasih kepada para pengamal media di Labuan yang telah bertungkus lumus membuat liputan terhadap program-program Jabatan Penerangan Labuan sepanjang tahun ini.

Para pengamal media pada majlis itu juga turut menerima sijil penghargaa­n dan cendera kenangan yang disampaika­n oleh Amir.

Turut hadir, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Simsudin Haji Sidek, Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin, Timbalan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan Ramlen Salleh, Bendahari Persatuan Penggiat Media Labuan Wahidah Abdullah dan Ketua Biro Kebajikan Jailani Hassan.-Artikel

 ??  ?? PARA pengamal media Labuan merakamkam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
PARA pengamal media Labuan merakamkam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? AMIR (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pengamal media sambil diperhatik­an Simsudin (kiri sekali) dan Supian (kanan sekali).
AMIR (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pengamal media sambil diperhatik­an Simsudin (kiri sekali) dan Supian (kanan sekali).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia