Utusan Borneo (Sabah)

Bergelut di siling rumah sebelum ditahan AADK

Operasi Perdana di Kampung Bunsadan tahan dua penagih

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTAMARUDU: Anggota Penguatkua­san Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terpaksa memanjat siling rumah bagi menahan dua penagih yang berusaha melarikan diri semasa Operasi Perdana di Kampung Bunsadan di sini.

Ketua Opearsi AADK Sabah Erwan Roslan berkata kedua-dua suspek berumur 26 dan 34 tahun itu bertindak memanjat siling dan bumbung rumah sebaik terkejut kehadiran anggota kita di rumah terbabit jam 3 pagi.

“Kedua-dua penagih terbabit sedang leka menjalanka­n aktiviti menghisap dadah dan tidak menyedari kehadiran anggota di sana menyebabka­n mereka rela memanjat siling rumah bagi melarikan diri.

“Oleh kerana enggan berganjak dari kawasan bumbung anggota kita turut memanjat ke sana sebelum berlaku pergelutan di atas bumbung berkenaan.

“Salah seorang penagih berjaya ditahan dan seorang lagi bertindak menyerah diri kerana tiada jalan lain untuk melepaskan diri,” katanya.

Erwan berkata dua penagih terbabit adalah antara tujuh yang ditahan dalam operasi selama lima jam bermula 12 tengah malam.

“Kesemua penagih termasuk tiga wanita ditahan dalam tiga lokasi berasingan termasuk Kampung Kerongkom, Bunsadan dan sebuah pusat hiburan di pekan Kota Marudu.

“Kesemua suspek positif dadah methapetam­ine disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

“Kedua-dua penagih terbabit sedang leka menjalanka­n aktiviti menghisap dadah dan tidak menyedari kehadiran anggota di sana menyebabka­n mereka rela memanjat Sabah” siling rumah bagi melarikan diri. ERWAN ROSLAN, Ketua Opearsi AADK

 ?? PENAGIH yang ditahan sepasukan anggota penguatkua­sa AADK selepas bergelut di bumbung rumah. ??
PENAGIH yang ditahan sepasukan anggota penguatkua­sa AADK selepas bergelut di bumbung rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia