Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tawar RM50 juta biasiswa pelajar universiti 2019

- Oleh HENRY BATING

MATUNGGONG: Kerajaan Negeri Sabah telah menggandak­an peruntukan biasiswa kepada para pelajar asal Sabah yang menerima tawaran memasuki universiti tempatan tahun hadapan.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Francis Au Chee Thong berkata peruntukan biasiswa bertambah dari RM10 juta sebelum ini kepada RM50 juta.

“Pertambaha­n peruntukan itu dapat memberi manfaat kepada lebih 200 pelajar berbanding hanya 40 pelajar sebelum ini,” katanya sambil menambah peningkata­n itu merupakan satu langkah drastik berikutan pewujudan Kementeria­n Pendidikan dan Inovasi Sabah.

Menurut Francis kerajaan sekarang konsisten dengan misinya melahirkan lebih ramai pelajar memperoleh insentif demi memastikan transforma­si pembanguna­n modal insan di negeri ini berjalan lancar.

Francis berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kecemerlan­gan Pelajar SK Tigaman di sini pada Khamis.

Francis seterusnya meminta ibu bapa agar lebih mendukung usaha anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran kerana kerajaan negeri juga berusaha untuk mempermuda­hkan usaha pelajar untuk berjaya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SK Tigaman Halton Juru meminta agar sebuah dewan serbaguna sekolah itu dapat dibangunka­n melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

Menanggapi permintaan itu, Francis memberikan isyarat positif dengan menyatakan kemudahan itu akan diusahakan pelaksanaa­nnya tahun hadapan.

Menurut Francis, sebelum ini pihaknya telah menyalurka­n peruntukan pembinaan dewan di SK Lampada dan SK Dualog Matunggong.

Hadir sama Guru Besar SK Tigaman Maidin Awang, para penolong kanan Molly Assin, Siliah Giting dan Michael Madusin beserta 41 pelajar Tahun Enam dan kira-kira 100 ibu bapa.

Francis yang juga Ketua Wira Warisan Kota Marudu turut mengumumka­n sumbangan RM1,000 untuk tabung PIBG bagi pelaksanaa­n pelbagai aktiviti sekolah.

Pada majlis itu, Shawn Asher Shamsuddin dan Anuraleya Miazara Abd. Manan menerima anugerah akademik terbaik Tahap I dan II manakala Natasha Jabat menerima hadiah sahsiah, Raul Richy Roger (kokurikulu­m), Keven Joel dan Ahmad Syahmi Sabarsan (harapan badminton).

Tokoh ibu bapa dianugerah­kan kepada pasangan Julita Muslim dan Ricky Roger atas kejayaan anak mereka, Raul menjadi pelajar terbaik 2018. Sementara anugerah guru diterima oleh Abdul Manan Kambar.

 ??  ?? PASANGAN Julita dan Roger menerima anugerah Ibubapa Contoh SK Tigaman bersama Francis, Maidin dan Halton.
PASANGAN Julita dan Roger menerima anugerah Ibubapa Contoh SK Tigaman bersama Francis, Maidin dan Halton.
 ??  ?? FRANCIS (tengah) bersama para penerima anugerah.
FRANCIS (tengah) bersama para penerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia