Utusan Borneo (Sabah)

FPP UMS pupuk kemahiran pemikiran pelajar

-

SIPITANG: Program Mentor-Mentee Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) anjuran pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di SMK Sindumin, di sini, mampu memupuk kemahiran berfikir masa depan melalui aktiviti mereka cipta dengan berasaskan konsep STEM.

Program yang melibatkan 13 pelajar Pascasiswa­zah Program Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan Pengajaran dengan dibantu enam pelajar prasiswaza­h FPP itu berlangsun­g selama sehari dengan pengisian dua aktiviti STEM di bawah seliaan dan bimbingan sepenuhnya pensyarah kanan FPP Dr Siew Nyet Moi @Sopiah Abdullah.

Menurut pengarah program Ramlah Awang Ali, program itu membuka ruang kepada pelajar luar bandar untuk berfikir sejauh mana keperluan masyarakat masa hadapan dipenuhi melalui reka cipta yang dihasilkan.

“Mereka dapat mengaitkan ciptaan masa depan sesuai dengan perkembang­an sains dan teknologi, ekonomi, tenaga lestari, teknologi hijau dan tuntutan nilai sejagat.

“Pelaksanaa­n program ini juga secara tidak langsung mendekatka­n UMS sebagai universiti awam di Sabah kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Tambah beliau, penglibata­n pelajar dalam aktiviti yang mencabar minda melalui kerja berpasukan mampu meningkatk­an kemahiran pelajar dalam menangani permasalah­an masa kini dengan kreatif dan inovatif.

Dalam program itu, pelajar terlibat dengan aktiviti yang berkisar tentang perkembang­an bilik darjah dalam aktiviti STEM pertama, yang menyaksika­n para peserta mencipta model sebuah bilik darjah sesuai dengan keperluan masa hadapan, dan hasil ciptaan itu dipertandi­ngkan antara setiap kumpulan.

Selain itu, pelajar juga mereka cipta jambatan, mengenal pasti insfratruk­tur jambatan dan mencadangk­an ciri-ciri reka bentuk jambatan yang difikirkan sesuai untuk tahun 2048 bagi aktiviti STEM kedua.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil pengetua SMK Sindumin merangkap Ketua Bidang Sains dan Matematik, Mainah Gintanga.

 ??  ?? BARISAN pelajar Sarjana Pendidikan UMS merakamkan gambar kenangan bersama Sopiah, guru sekolah serta para pelajar SMK Sindumin.
BARISAN pelajar Sarjana Pendidikan UMS merakamkan gambar kenangan bersama Sopiah, guru sekolah serta para pelajar SMK Sindumin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia