Utusan Borneo (Sabah)

12 pelajar FKJ UMS jayakan projek ‘No More Cloudy Water’

-

PAPAR: Seramai 12 pelajar tahun akhir Program Kejurutera­an Awam, Fakulti Kejurutera­an Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjayakan Projek Kelestaria­n ‘No More Cloudy Water’ di kampung Langsat Kinomulok, di sini.

Projek di bawah bimbingan pensyarah kanan FKJ Prof Madya Dr Nurmin Bolong dan Sr Asmawan Mohd Sarman itu merupakan sebuah projek yang mendapat tajaan oleh Khind Starfish Foundation melalui Project for Happiness.

Menurut Ketua Projek Ivy Patrick, sepanjang melaksanak­an aktiviti menaiktara­f kemudahan paip graviti di kampung itu, beliau bersama 11 pelajar yang mengambil kursus Kejurutera­an Alam Sekitar mendapat sokongan yang tinggi daripada penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Paip Graviti Kampung Francis Yopinsil.

“Penduduk kampung turut sama membanting tenaga dalam tempoh lapan minggu untuk menyelesai­kan projek ini.

“Antara skop kerja yang dijalankan adalah menaiktara­f kawasan tadahan punca air yang dilengkapi dengan tangki mendapan berskala kecil serta memasang sistem penapisan air agar warga kampung dapat menikmati bekalan air yang lebih bersih,” katanya.

Dalam pada itu, wakil Khind Starfish Foundation, Michael Lim ketika berucap dalam satu Majlis Perasmian Menaik Taraf Kemudahan Paip Graviti di kampung itu berkata, kejayaan projek berkenaan memberi sumbangan besar kepada penduduk kampung kerana adanya sumber air yang lebih bersih berbanding sebelumnya.

“Diharapkan melalui projek ini, pelajar memperoleh manfaat dari segi kerja praktikal dan begitu juga kepada penduduk kampung yang terlibat sama,” katanya.

Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabang­sa) Prof Madya Dr Ismail Saad juga berharap agar pelaksanaa­n projek itu memberi pendedahan yang berguna kepada para pelajar mengenai pengalaman praktikal di tapak bina selain turut menekankan para pelajar untuk terus giat dalam aktiviti kelestaria­n seperti yang telah dilaksanak­an di kampung berkenaan.

 ??  ?? ISMAIL (depan, kanan) bersama wakil Khind Starfish Foundation dan wakil penduduk kampung memotong reben sebagai simbolik kepada Majlis Perasmian Menaik Taraf Kemudahan Paip Graviti di Kampung Langsat Kinomulok, Papar.
ISMAIL (depan, kanan) bersama wakil Khind Starfish Foundation dan wakil penduduk kampung memotong reben sebagai simbolik kepada Majlis Perasmian Menaik Taraf Kemudahan Paip Graviti di Kampung Langsat Kinomulok, Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia