Utusan Borneo (Sabah)

Selagi tidak langgar undang-undang, Najib bebas keluar kenyataan: A.Kadir

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bebas mengeluark­an sebarang kenyataan dalam media sosial selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang, kata Datuk A. Kadir Jasin.

Penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata sejauh mana beliau tahu, seseorang tertuduh masih boleh membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah jika ia tidak berkaitan dengan kes yang dihadapiny­a.

“Sekiranya dia tidak melanggar undang-undang, saya fikir kita tidak boleh menghalang­nya. Saya tidak fikir ada orang menyokongn­ya selepas mereka menyingkir­kan dia. Jika dia masih tidak didapati bersalah, biarkan dia bercakap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah daripada peserta sesi ceramah bertajuk ‘ Pasca 9 Mei – Di Manakah Kita Menuju dalam Malaysia Baharu ‘ anjuran firma guaman, Lee Hishammudd­in Allen dan Gledhill, di sini pada Jumaat.

Kepada soalan mengapa Najib tidak memakai baju lokap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga, A. Kadir berkata beliau juga hariran dengan keputusan SPRM itu, sambil menegaskan setiap orang yang ditangkap oleh suruhanjay­a itu perlu diperlakuk­an sama rata.

Sambil menggesa hadirin yang sebahagian besarnya adalah peguam untuk menyuaraka­n perkara itu, beliau menegaskan keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, malah perlu dilihat telah ditegakkan.

“Saya pasti ada saiz yang padan dengan beliau. Saya tetap percaya bahawa kita perlu mendesak supaya setiap orang diberi layanan sama,” katanya.

Najib sebelum ini ditahan semalaman dan dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat pertuduhan rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada 20 Sept mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM dan beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan tidak digari atau memakai baju lokap.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia