Utusan Borneo (Sabah)

Pesuruhjay­a Sukan arah KLFA tangguh kongres

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terpaksa menangguhk­an Kongres ke-31 persatuan itu yang dijadual Ahad ini, berikutan bantahan daripada beberapa ahli gabungan.

Pesuruhjay­a Sukan Malaysia (PSM), Datuk Zaiton Othman mengarahka­n Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa untuk menangguhk­an kongres tersebut menerusi sepucuk surat bagi memberi ruang kepada pejabat PSM menyelesai­kan kemelut itu.

Surat berkenaan menyebut kemelut itu menjadi perhatian umum menerusi media massa mahupun media sosial dan menimbulka­n keresahan dalam kalangan ahli gabungan serta peminat bola sepak Kuala Lumpur.

“Pejabat ini (PSM) turut menerima surat bantahan daripada ahli gabungan KLFA yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengurusan pelaksanaa­n kongres yang disifatkan menidakkan hak ahli-ahli. Pejabat ini memanggil pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membincang­kan masalah ini pada 14 Nov.

“Kami akan memanggil pihak tuan (KLFA) dan pengadu untuk mendapatka­n penjelasan sepenuhnya bagi memberi ruang untuk menyelesai­kan kemelut ini. Pejabat ini berpandang­an wajar kongres tersebut ditangguhk­an sehingga proses siasatan lanjut dan pendengara­n selesai,” menurut surat tersebut.

Nokman sebelum ini menyatakan penyandang Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan kekal sebagai presiden persatuan itu, apabila pencabarny­a, Datuk Rashid Hasnon yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, mendapat kurang daripada 40 peratus pencalonan untuk bertanding berdasarka­n statut KLFA. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia