Utusan Borneo (Sabah)

Pada suku akhir Ragbi Piala Agong di Stadium UPNM hari ini

- (tengah) bersama skuad ragbi Sabah Eagles di Kuala Lumpur.

KOTA KINABALU: Sabah Eagles akan berhadapan dengan Perak pada suku akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong Ke-36 di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi Kuala Lumpur petang ini.

Ketua jurulatih, Bradley Moni Mika berkata, Sabah yangdibari­sigabungan­pemain muda dan berpengala­man telah menjalani latihan di Sandakan selama tiga bulan bersedia menghadapi kejohanan itu.

Menurutnya, pasukan yang berpusat di Kelab Ragbi Eagle (ERS) Sandakan itu turut diperkuatk­an bekas pemain New Zealand dan kelab All Blacks, Charles Luke McAlister yang telah menyertai pasukan sejak Sabtu lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu telah mengumumka­n persaraan sebagai pemain profesiona­l tahun lalu. Kariernya sebagai pemain profesiona­l selama 16 tahun berakhir di kelab Toulan Francis.

“Ini kali pertama saya bermain di Malaysia tetapi sangat positif dengan apa yang saya lihat di sini. Saya tidak sabar beraksi di kejohanan ini dan begitu teruja dengan penerimaan rakan-rakan sepasukan.

“Gembira bermain dengan mereka (rakan sepasukan). Saya harap dapat membantu dengan pengalaman yang saya ada untuk memperkuat­kan pasukan tetapi ia adalah kerja berpasukan yang menentukan prestasi pasukan,” kata McAlister yang turut dilantik sebagai ketua pasukan.

Sambil itu, Mika yang juga jurulatih pembanguna­n ragbi di ERS berkata, tumpuan telah diberikan terhadap kerja berpasukan dan kecergasan pemain.

“Kami mungkin miliki pasukan yang cergas dengan barisan gabungan pemain muda dan berpengala­man serta telah menjalani latihan

“Kami mungkin miliki pasukan yang cergas dengan barisan gabungan pemain muda dan berpengala­man serta telah menjalani latihan secukupnya untuk kejohanan ini. Bagaimanap­un kami tidak akan memandang rendah mana-mana ” lawan dan akan fikirkan mereka satu demi satu. BRADLEY MONI MIKA Ketua jurulatih

LIEW

secukupnya untuk kejohanan ini.

“Bagaimanap­un kami tidak akan memandang rendah mana-mana lawan dan akan fikirkan mereka satu demi satu,” kata Mika.

Menurutnya, 10 daripada 28 pemain yang tersenarai kejohanan itu berusia 19-23 tahun termasuk beberapa pemain yang membawa cabaran Sabah pada Sukan Malaysia (Sukma) XIX 2018 Perak, September lalu.

Antara pemain senior pula adalah pemain kebangsaan Sabah, Nathanael Tan dan beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Badrul Muktee, Helberth Jemlit, Azman Osman, Zamorin Minggo, Seru Pepeli, Sakiusa Gavidi dan Marc Lee.

Sabah yang juga bekas juara empat kali tiba di venue kejohanan Rabu lalu turut menerima kunjungan mengejut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng), Datuk Liew Vui Keong.

Kehadiran Ahli Parlimen Batu Sapi Sandakan itu memberi suntikan moral kepada pasukan.

“Saya mahu pasukan Sabah memberikan pesembahan terbaik dan harap-harap rampas semula gelaran juara yang kali terakhir kita menang pada 2015,” katanya

Sabah kali pertama layak ke final pada 2005 tetapi tewas sebelum muncul juara pada 2007, 2009, 2014 dan 2015.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah penyandang gelaran juara terbanyak iaitu 11 kali sejak kejohanan itu diperkenal­kan pada 1983.

Bekas juara lain adalah Selangor (enam kali) diikuti Kelantan dan Sabah yang masing-masing empat kali bergelar juara.

Dau lagi perlawanan suku akhir hari ini menyaksika­n Kedah menentang Kuala Lumpur dan Johor menentang Negeri Sembilan manakala suku akhir terakhir pada Ahad mempertemu­kanTerengg­anu dan Kelantan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia