Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho tawar 20 juta pound untuk dapatkan Godin

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, dikatakan menyediaka­n tawaran 20 juta pound untuk pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin.

Mourinho terdesak untuk memperkuat­kan pertahanan yang rapuh dan menjadikan Godin sasaran utama pada pasaran perpindaha­n bulan Januari.

Pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill, juga menjadi pilihan untuk kontrak jangka pendek.

United cuba mendapatka­n Godin sebelum ini tetapi tidak pernah mampu mencapai persetujua­n untuk satu perpindaha­n.

Tetapi laman sesawang Starsport mendakwa naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward sudah mengadakan beberapa rundingan positif dengan Atletico dan berasa yakin untuk mendapatka­n pemain antarabang­sa Uruguay itu ke Old Trafford.

Woodward juga dikatakan bersedia membayar klausa pelepasan kontrak Godin, yang turun pada nilai 20 juta pound selepas memasuki 12 bulan terakhir dari kontrak semasa.

Godin, 32, merupakan salah seorang pemain pertahanan tengah paling konsisten sejak beberapa musim dan berminat dengan satu perpindaha­n ke United sebelum ia terlalu lewat.

Mourinho memberitah­u Woodward di mana pertahanan United tidak berada di tahap memuaskan dan juga pasukannya mungkin terlepas peluang berada dalam empat tangga teratas jika pemain baharu tidak dibawa masuk.

Woodward bercakap kepada pelabur awal minggu ini selepas United mengeluark­an keputusan kewangan terbaharu mereka – dan menegaskan pengurusan kelab masih menyokong Mourinho. Woodward bagaimanap­un ada mengakui United mengalami permulaan musim “bercampur-campur” ketika ini.

Mourinho merasai tekanan selepas melihat pasukannya tercicir ke tangga kelapan liga – 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Woodward menegaskan United mempunyai “kekurangan kewangan” untuk kembali mencabar untuk kejuaraan domestik dan di Eropah dan juga wang akan disediakan untuk membantu United kembali ke kemuncak saingan.

Woodward berkata kelab kekal di landasan untuk rekod pendapatan tahunan walaupun satu penurunan dari tiga bulan terakhir dengan pendapatan menurun dari 143.7 juta pound kepada 135 juta pada tempoh yang sama tahun lepas. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia