Utusan Borneo (Sabah)

Promosi industri pelanconga­n

21 peserta Miss Scuba Internatio­nal berentap menjadi ratu pada 17 November ini

- Oleh YAP SIONG HAN (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Lo dan para peserta Miss Scuba Internatio­nal.

SERAMAI 21 peserta Ratu Miss Scuba Internatio­nal berjaya memukau para penonton dengan persembaha­n masing-masing pada satu majlis yang diadakan di Kokol Haven Resort, di sini pada Khamis.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Turut hadir ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Miss Scuba Internatio­nal Malaysia Robert Lo.

“Pertunjuka­n yang mempamerka­n peserta antarbangs­a adalah sangat berbakat. Saya gembira dan menikmati pertukaran kebudayaan pada malam ini, mereka adalah duta sebenar dari negara masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini selepas kagum dengan persembaha­n para peserta pertanding­an itu.

Beliau berkata, dengan tema ‘Saving Oceans Through Beauty’, ia menjadi satu platform ideal untuk memperkasa­kan lagi industri pelanconga­n di sini pada masa yang sama mempromosi pemulihara­an kehidupan marin.

Christina turut memuji Lo kerana usahanya berjaya membawa seramai 21 peserta dari 21 buah negara datang ke Sabah bagi menyertai pertanding­an itu.

“Para peserta turut berjaya menamatkan latihan menyelam selama lapan hari di Pulau Mabul termasuk hadir dalam taklimat

CHRISTINA

pemulihara­an hidupan marin serta ketrampila­n diri.

“Saya turut mengalualu­kan cadangan beliau yang ingin mengadakan pencarian ratu dalam skala besar pada tahun hadapan dengan membawa lebih ramai peserta dalam acara itu,” katanya.

Pusingan akhir pencarian Miss Scuba Internatio­nal akan diadakan pada 17 November depan di Magellan Sutera Hotel.

Miss Scuba Australia Zofia Marta Majka,

23, adalah seorang eksekutif pentadbira­n yang menggunaka­n tema ‘You Are The Reason’ pada persembaha­nnya. Diikuti Penyelia Penyela, Miss Scuba Belize, Monique Lamb, 26, yang mempersemb­ahan tema tarian kebudayaan ‘Me! Belize!’.

Sementara itu, Miss Scuba China Jenny

Ma, 24, seorang modal mempersemb­ahkan kemahirann­ya menerusi tarian Jasmine Flower. Miss Scuba Germany Johanna Acs, 26, seorang pelajar yang berasal dari keluarga pemuzik, dia memilih tema lagu ‘Mad World’.

Manakala, Miss Scuba Hong Kong, Yuki Leung, 27, seorang artis dan mempersemb­ahkan kemahiran silap mata. Peserta dari Indonesia Masyitah, 24, seorang modal freelance mempersemb­ahkan tarian tradisiona­l Balinese.

Miss Scuba Iran,

Azin Vazirizade­h,26, seorang pelajar turut mempersemb­ahkan tarian kebudayaan. Sayaka Kurishima, 28, dari Jepun seorang penyelia yoga mempersemb­ahkan musik violin bertajuk ‘Under The Sea’.

Miss Scuba Latvia, Indra Valaine, 27, eksekutif perniagaan turut mempersemb­ahkan tarian kebudayaan dan guru bahasa Ingeris Salvina de Pacheco Kan, 28, mempersemb­ahkan tarian dan seni lukis bertemakan ‘Deep Ocean’.

Peserta lain termasuk Alycia See, 24, (Malaysia), Christian Anaid SalasMarto­s, 27, (Mexico), Kim Iris Marcella Delsink, 26, (Belanda), Sarah Young, 28, (New Zealand), Noelle Fuentes Uy-Tuazon,

26, (Filipina), Natalia Magdalena Janoszek, 28, (Poland), Dajana Rijetkovic, 26, (Africa Selatan), Huang Yu-Wen, 27, (Taiwan), Maylada Nuntanuruc­k, 23, (Thailand), Daisy Hope Whetlor, 21, (United Kingdom) dan Brittany Daniels, 27, (Amerika Syarikat).

 ??  ??
 ??  ?? AZIN
AZIN
 ??  ?? MASYITAH.
MASYITAH.
 ??  ?? SALVINA
SALVINA
 ??  ?? SAYAKA KURISHIMA
SAYAKA KURISHIMA
 ??  ?? YUKI
YUKI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia