Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemurama­h HAJI ISMAILY BUNGSU

- UB: Jam berapa bangun pagi? HIB:

UB: Masih ingat nama cikgu sekolah rendah? HIB:

UB: Selepas sekolah rendah, di mana tuan haji bersekolah menengah? HIB:

UB: Siapa-siapa yang pernah mengajar tuan haji di sekolah menengah? HIB:

UB:Siapa nama rakan rakan sekolah kalau masih ingat? HIB:

UB:Boleh ceritakan sedikit bagaimana mulanya tuan haji terlibat dalam bidang kebudayaan? HIB:

UB: Selepas YS-ITM, di mana tuan haji berkhidmat? HIB:

berlebihan, jika dikatakan semua orang sastera, orang budaya, orang teater, orang seni, dan banyak jenis orang lagi, mengenali HAJI ISMAILY BUNGSU. Beliau sebenarnya tidak peru diperkenal­kan lagi. Terlibat aktif dalam bidang sastera, seni dan budaya sejak 70-an lagi, Ismaily sudah lama menjadi penggerak utama kegiatan sastera dan budaya di negeri ini iaitu selama kirakira 27 tahun. Menulis puisi, menghasilk­an buku hasil pemikiran dan renungan budaya, Ismaily pernah menjadi Pengelola Kebudayaan di Kementeria­n Kebudayaan Belia dan Sukan. Kini masa jeda kirakira 10 tahun, Ismaily atau dikenali Bang Maily di kalangan rakanrakan­nya, kembali diberikan tanggungja­wab dan amanah sebagai Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) berkuatkua­sa 1 September 2018.

di pejabatnya di Tingkat 4 Wisma Budaya, Kota Kinabalu. Ikuti petikan temuramah mengenai pengalaman masa kecil beliau, pengalaman dalam kerjaya dan penglibata­n dalam politik dan kemudian misi dan visi dalam bidang kebudayaan.

tuan haji berhenti kerja. Tahun berapa? HIB:

Saya bangun awal setiap hari. Saya ini anak orang miskin.Usia tujuh tahun, bangun subuh, bantu ibu masak, goreng kuih pisang. Kemudian keliling Kampung Brunei jual kuih tanpa sepatu. Sebab sepatu hanya satu. Takut kotor. Sebab kalau kotor cikgu marah. Jalan kampung masa itu belum ditar.

Antaranya arwah Talib Alias, Osman Sulaiman, Jais Mohamad, Dr Yasin Amit, Talib Kirah, Jainab Kirah dan ramai lagi.

Saya bersekolah di St Patrick Membakut. Dari kampung ke St Patrick, saya biasanya naik kereta pickup atau naik basikal.

Di SMK pula, antara cikgu saya ialah Father David, Mrs Alabajo, John Moi dan banyak lagi guruguru dari kalangan orang putih dan India. Dari St Patrick, saya bersekolah di St John Beaufort. Saya berjalan kaki sejauh dua kilometer ke sekolah.

Lagai kirah, Datuk Shari Nazir, Saili Mahali, arwah Salleh Mahali, Zainab

Hassan,

Ketika berusia 10 tahun hingga ke sekolah menengah, saya minat sangat melukis. Di sekolah menengah, saya pernah terlibat membuat pameran seni lukis.

Selain itu, saya suka baca buku-buku sastera. Di kampung juga, saya ikut kumpulan pancaragam. Main muzik dan menyanyi. Tapi nyanyi selalu sumbang.

Bila kerja di KK, saya menubuhkan Anak Seni bersama Marzuki Ali. Ramai terlibat dalam kegiatan teater, menulis, berlakon dan sejak itu mula giat dalam semua bidang kesenian. Saya terus aktif ketika menjadi pelajar di YS-ITM atau sekarang dikenali UiTM. Itulah mulanya saya terlibat dalam bidang budaya.

Saya berkhidmat di Kementeria­n Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah (KKBS). Saya rasa agak teruja kerana ketika itu, tiba-tiba saya ditawarkan jawatan nombor dua di KKBS.

Saya mula aktif di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa. Kemudian selepas itu, saya dilantik mengetuai hal ehwal kebudayaan sebagai Pengelola Kebudayaan di Sabah.Itulah sejarahnya.

Saya berhenti kerja sekitar tahun 2007, kesan dari sedikit bertelingk­ah dengan mantan CM lalu saya memilih bebas. Itulah saatnya saya berhenti semua kegiatan. Tapi sebenarnya secara diam diam saya mengajar seni di UiTM Sabah, UNIZA, Matrikulas­i Labuan, UMS dan sesekali Universiti Malaysia Kelantan. Kesannya, UiTM muncul tiga kali juara kebangsaan, matrikulas­i sekali juara kebangsaan. Universiti di Terengganu, sekali muncul juara kebangsaan, UMS berulangul­ang jadi juara, naib juara dan saya lahirkan dekonis, aktor terbaik kebangsaan.

Saya empat kali mewakili Malaysia baca puisi antarabang­sa dan enam kali mewakili negara ke Festival Kesenian antarabang­sa.

UB: Dengan jasa bakti sebanyak itu, apa pingat yang tuan haji pernah perolehi? HIB:

UB: Maaf tuan haji. Saya belum jelas apa yang terjadi pada tahun 2007, yang menyebabka­n tuan

haji mengambil keputusan berhenti kerja. HIB:

Saya pernah ditawarkan anugerah pingat, tapi saya menolak kerana merasakan diri saya belum layak. Saya mengajar seni di mana-mana pun, saya menolak bayaran. Cukuplah dengan hadiah, pelajar yang saya bimbing, muncul juara.

Apabila saya dianggap melawan kerajaan, saya ditendang macam bola. Tak bergaji selama 10 bulan, dibuang ke jabatan agama, kemudian dibuang ke Kementeria­n Sosial tapi di Kementeria­n Sosial, menterinya tak mahu terima saya.

Kesan pembangkan­gan selama hampir 11 bulan saya tidak ada pejabat. Saya terfikir mahu balik ke jabatan agama atau sebaliknya. Akhirnya saya memilih untuk berhenti.

UB: Selepas itu? HIB:

UB: Itu sebabnya tuan haji berhenti dari kegiatan seni? HIB:

Selepas berhenti, atas restu Anwar Ibrahim (Datuk Seri), saya memegang jawatan Ketua Penerangan PKR. Kemudian Datuk Lajim (Datuk Seri Panglima Lajim) melantik saya sebagai Pengarah Komunikasi sebelum saya mengambil keputusan bersara dari politik.

Akhirnya, apabila Datuk Seri Shafie Apdal mengajak saya kembali ke politik, untuk membantu beliau. Itulah sejarahnya.

Ketua Menteri sekarang hubungi saya mohon bantu. Ini sebelum penubuhan Warisan lagi. Kerana beliau kawan lama, saya bekerja membantu beliau hingga beliau berjaya dan menduduki kerusi CM. Kesan daripada kerja keras itu, saya dimaki hamun, dihina dicerca dikutuk malah pernah disaman satu juta.

Saya sebenarnya tak boleh berhenti. Ada saja jemputan tapi secara rahsia sebab saya digam. Saya diperhatik­an hingga ada yang tak mahu jemput saya, termasuk dalam kegiatan seni, kerana dicap lawan kerajaan.

Sesudah berjaya, dan kerajaan baharu memerintah, saya diamkan diri, tak mahu dekati mana-mana politikus, Yang Berhormat termasuk ketua menteri, saya tak pernah jumpa tapi tibatiba, saya diletakkan sebagai Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS). Saya bersyukur. Alhamdulil­lah.

Sebelumnya saya katakan saya tak mahu apa-apa jawatan CEO meski diletak di mana-manapun, tapi jika ada peluang , saya diletakkan di bidang yang saya minat tapi bukan CEO, jawatan ada kuasa dan boleh ubah sesuai dengan visi kerajaan, saya pertimbang­kan. Itulah ceritanya, saya diletakkan sebagai Pengerusi LKNS.

Visi saya sejak dulu tak tertunai ialah mahukan budaya dan ekonomi jalan seiring.

Rakyat mesti diberi kefahaman soal atau maksud budaya bukan sekadar tarian tapi merangkumi semua termasuk norma nilai, bahasa, adat istiadat, politik, undang-undang, hormat, sikap, cara hidup, pendidikan dan ada seribu satu macam lagi.

Saya mahu bina sekurangku­rangnya lima hingga enam kampung budaya di Sabah dan di setiap kampung, ada kegiatan seni lukis, ukir, tari, anyaman, permainan rakyat, lagu-lagu rakyat.

Ada tempat tinggal ala kampung tradisi untuk menarik pelancong datang seperti kampung sendiri. Ada dewan, ada restoran, masakan tradisi dan macammacam.

Jangan lupa, negeri Sabah memperoleh­i sekitar RM7 bilion hingga RM8 bilion, hasil pelanconga­n dan kampung budaya ini, boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.

Sebenarnya saya sudah berbincang dengan pelabur yang sedia melabur dan kerajaan tak perlu mengeluark­an dana, cuma sediakan lokasi atau tapak untuk kampung budaya itu.

Syaratnya, ada sungai, ada laut sesuai dengan budaya cara hidup orang kita , yang mesti ada sungai dan laut.Hasil pendapatan saya cadang 30% kepada kerajaan negeri, 10% disalur kepada kebajikan dan yang lain milik pelabur.

Melalui cara ini, kita dapat beri peluang pekerjaan anak bangsa kita dan sekaligus tambah sumber ekonomi.Makanya, kita bercakap hebat soal kesenian dan budaya tapi poket kosong dan hidup miskin tak guna.

Kita banyak seni budaya asli dan bukit, gunung, laut, pulau tercantik. Kenapa sumber yang hebat ini, tak diguna menaikkan budaya sekaligus makmurkan negara kita yang ada pelbagai bangsa, walau berbeza kepercayaa­n dan agama tapi semua hidup aman bahagia.

UB: Apa cerita selepas kerajaan baharu terbentuk? HIB:

UB:Apa misi dan visi tuan haji dalam usaha mengangkat kebudayaan di negeri Sabah ke tahap yang lebih tinggi? HIB:

UB: Menarik sekali tuan haji. Bagaimana cara mewujudkan impian itu? HIB:

UB: Saya sangat tertarik dengan idea tuan haji. HIB:

UB: Apa respon kerajaan baharu terhadap isu-isu kebudayaan? HIB:

Sebenarnya, semua ini adalah kehendak CM juga tapi dia mahu saya usahakan dulu dan terus gerakkan, beri tumpuan kepada kesenian etnik Sabah.

Malah CM beberapa kali telefon, sebut mengenai kesenian etnik yang perlu digerakkan segera. Itu sebabnya saya sudah berkelilin­g Sabah sebagai langkah merealisas­ikan citacita itu.

UB: Oh ya. Dulu waktu kecil, apa cita-cita tuan haji? HIB:

Saya bermati-matian mahu jadi renjer jabatan hutan. Arwah Datuk Dzulkifli Hamid rekomen tapi tak dapat. Kemudian saya mohon jadi inspektor polis. Saya dapat tapi keluarga pula tak mahu.

UB: OK. Soalan terakhir tuan haji. Apa nasihat atau petua orang tua yang masih melekat hingga sekarang? HIB:

Orang tua saya selalu berpesan, berbuat baik. Jangan meminta. Jangan cakap kasar sama orang tua. Jangan kata ‘kau’ sama orang tua. Senyum selalu. Datang ke rumah orang jangan banyak cakap, duduk diam-diam.Jangan meningkah kata dikala orang tua bercerita. Bantu orang susah. Biar orang aniaya kita tapi jangan balas,serah kepada Allah. Ini ajaran ibu ayah, saya cukup saya ingat.

 ??  ?? HAJI ISMAILY BUNGSU dilahirkan di Kampung Brunei Membakut pada 15 Mac 1956.
Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Kampung Brunei Membakut sebelum melanjutka­n pelajaran menengah di SM St Patrick Membakut dan kemudian ke SM St John Beaufort.
Selepas itu, beliau melanjutka­n pengajian ke Yayasan Sabah-Institut Teknologi Mara (YS-ITM) sebelum meneruskan pendidikan di Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta (LPKJ).
Ismaily pernah bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berpindah ke Kementeria­n Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sebagai Penolong Pengelola Kebudayaan dibawah Datuk Haji Shuhaibun Yussuf dan kemudian dilantik sebagai Pengelola Kebudayaan Sabah.
Beliau terlibat dalam pengurusan kebudayaan selama kira-kira 27 tahun.
HAJI ISMAILY BUNGSU dilahirkan di Kampung Brunei Membakut pada 15 Mac 1956. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Kampung Brunei Membakut sebelum melanjutka­n pelajaran menengah di SM St Patrick Membakut dan kemudian ke SM St John Beaufort. Selepas itu, beliau melanjutka­n pengajian ke Yayasan Sabah-Institut Teknologi Mara (YS-ITM) sebelum meneruskan pendidikan di Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta (LPKJ). Ismaily pernah bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berpindah ke Kementeria­n Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sebagai Penolong Pengelola Kebudayaan dibawah Datuk Haji Shuhaibun Yussuf dan kemudian dilantik sebagai Pengelola Kebudayaan Sabah. Beliau terlibat dalam pengurusan kebudayaan selama kira-kira 27 tahun.
 ??  ??
 ??  ?? UB: Tapi kemudian
UB: Tapi kemudian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia