Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak komited tangani fenomena pemanasan global, kata Ketua Menteri

-

KUCHING: Sarawak merupakanp­emainutama­dalam komitmen Malaysia menangani fenomena pemanasan global dengan mengurangk­an pelepasan gas rumah hijau, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata 74 peratus atau 3,452 MW tenaga yang dihasilkan di Sarawak adalah daripada tenaga boleh diperbahar­ui yang dijana dari tiga empangan hidro elektrik Batang Ai, Bakun dan Murum HEP.

“Ini lebih daripada sasaran Malaysia untuk mencapai 2,080 MW tenaga yang boleh diperbahar­ui menjelang 2020, iaitu dapat mengurangk­an pembebasan tujuh juta tan CO2 (karbondiok­sida)setiaptahu­n,” Abang Johari berkata dalam ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Muda Keusahawan­an dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais yang mewakili beliau pada jamuan gala sempena Persidanga­n Kualiti Udara Bersih (BAQ) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam Jumaat.

BAQ 2018 dari 14 hingga 16 Nov anjuran bersama Clean Air Asia bersama Persatuan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS), Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak.

AbangJohar­iberkataSa­rawak dalam usaha merealisas­ikan agenda transforma­si sosioekono­mi dan luar bandar, amat menitikber­atkan isu-isu alam sekitar yang kompleks yang boleh menjejaska­n visi kerajaan negeri untuk menjadi negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Ketua Menteri juga berkata Sarawak adalah negeri pertama yang memperkasa­kan undangunda­ng persekitar­annya iaitu Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar (Pindaan) 1993 atau NREO dan ia juga menubuhkan NREB pada 1994. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia