Utusan Borneo (Sabah)

Langkawi mulakan projek yang pertama di dunia

-

LANGKAWI: Langkawi menjadi kawasan geopark pertama di dunia yang memperkena­lkan projek Geopark Junior Guide, satu projek yang melatih pelajar untuk menjadi pemandu pelancong yang mengkhusus dalam aspek geopark.

Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) mempelopor­i projek itu sejak Oktober tahun ini dan dapat menarik 46 pelajar dari 14 sekolah rendah dan menengah di pulau ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Asri Redha Abdul Rahman memberitah­u Bernama, Bahagian Geopark lembaga itu mendapatka­n pemeriksaa­n dengan Global Geopark Network (GGN), di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO) yang mengesahka­n bahawa program berkenaan adalah yang pertama seumpamany­a pernah diadakan.

“Terdapat 140 geopark di seluruh dunia dan tiada satu pun daripadany­a telah memulakann­ya. Ini dilihat sebagai usaha besar memandangk­an Langkawi akan melalui proses pengesahan semula bagi status Global Geopark tahun hadapan,” katanya.

Langkawi diberi status UNESCO sejak 1 Jun, 2007 dan berjaya mengekalka­nnya bagi tiga langkah pengesahan semula, yang dijalankan oleh para pakar geopark dari negara lain untuk empat tahun sekali. Status Global Geopark yang diperoleh Langkawi adalah yang pertama diberikan di rantau Asia Tenggara ini dan menjadi penting dalam mempromosi pulau ini oleh keunikan pembentuka­n semulajadi­nya

Asri Redha berkata, bagi memastikan projek Geopark Junior Guide menjadi satu komponen dalam mempromosi status geopark pulau ini, ia akan dikendalik­an berdasarka­n tahunan.

Sebagai susulan bagi projek itu, lima pelajar teratas dari kategori sekolah rendah dan menengah akan layak menjadi pemandu pelancong in-house. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia