Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh lagi kawasan baharu diisytihar kawasan wabak rabies

-

KUCHING: Tujuh lagi kawasan baharu diisytihar sebagai kawasan wabak rabies menjadikan jumlah keseluruha­n kawasan terjejas akibat wabak ini adalah sebanyak 54 di Sarawak.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu kenyataan akhbar selepas sesi taklimat di pejabatnya di sini, pada Khamis.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu berkata, berikutan itu aktiviti surveilan dilakukan secara menyeluruh dan ditingkatk­an di seluruh Sarawak.

Jelasnya lagi, tujuh kawasan baharu itu melibatkan kawasan pekan baharu di Balingian, pekan Baharu di Mukah, Tanjong Manis di Mukah, Kilometer Dua Jalan Kanowit/Durin di Kanowit, Kawasan Kolej Vokasional Betong, pekan Sebauh dan Kampung Long Miri, Telang Usan.

“Memandangk­an kawasan ini berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak rabies, maka kawasan ini adalah kawasan yang ke-48 hingga 54,” kata Uggah.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak membiarkan anjing lepas bebas dan membawa keluar anjing dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Veterinar Negeri.

“Denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 37 (2) dan (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” tegasnya.

Uggah juga diberi taklimat di pejabatnya oleh pasukan Audit Wabak Rabies daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Malaysia yang diketuai Dr Marzuki Zakaria bersama pegawai daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Taklimat itu berhubung cadangan dan penambahba­ikan pengurusan wabak rabies di Sarawak.

Antara skop yang diaudit adalah keberkesan­an program vaksinasi, penguatkua­saan pergerakan haiwan, kapasiti makmal, pengawalan anjing liar, program dan kempen kesedaran awam, pengesanan dan penyiasata­n wabak,keupayaan sumber dan logistik dan pengurusan laporan penyakit rabies dan bilik operasi.

Turut hadir pada sesi taklimat tersebut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

 ??  ?? UGGAH (dua kanan) ditemani Dr Sim (dua kiri) mendengar taklimat daripada pasukan Audit Wabak Rabies daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Malaysia.
UGGAH (dua kanan) ditemani Dr Sim (dua kiri) mendengar taklimat daripada pasukan Audit Wabak Rabies daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia