Utusan Borneo (Sabah)

5,000 orang dijangka memeriahka­n sambutan Maulidul Rasul di Sarikei

-

SARIKEI: Jawatankua­sa penganjur sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Sarawak menyasarka­n seramai 5,000 orang menghadiri dan memeriahka­n sambutan itu pada 19 dan 20 November ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha berkata sebanyak lapan acara dianjurkan, yang dijadualka­n berpusat di Masjid AlMutaqqin Sarikei.

Majlis akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

“Seramai 5,276 peserta dengan 128 kontinjen telah mengesahka­n mengambil bahagian pada perarakan di laluan sepanjang 3.3 kilometer bermula dari Kompleks Sukan Sarikei,” katanya pada sidang media, pada Khamis.

Turut diadakan sempena sambutan itu ialah perkhidmat­an aktiviti klinik, saringan kesihatan, ziarah prihatin dan gotong-royong di masjid.

Menurut Misnu, program itu merupakan penyertaan terbesar pernah diterima.

“Kita juga menjangkak­an ramai hadir pada sesi Forum Ehwal Islam menyaksika­n kehadiran penceramah undangan khas pada malam 18 November ini di Masjid Al-Mutaqqin Sarikei.

“Sehubungan itu, saya mengharapk­an kerjasama semua pihak supaya program ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Sarikei Mohd Junaidi Mohidin, Timbalan Residen Sarikei Abang Porkan Budiman, Ketua Polis Daerah Sarikei Awang Alfian Awang Bujang dan Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Sarikei Syed Harold Salleh Wan Mohammad.

 ??  ?? MISNU pada sidang media berkaitan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang berpusat di Sarikei tahun ini.
MISNU pada sidang media berkaitan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang berpusat di Sarikei tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia