Utusan Borneo (Sabah)

SIRIM lancar Skim Penandaan Keakuran Teluk

-

PUTRAJAYA: SIRIM QAS Internatio­nal, anak syarikat milik penuh SIRIM Bhd kelmarin melancarka­n perkhidmat­an baharu yang dikenali sebagai Skim Penandaan Keakuran Teluk untuk membantu pengeluar mendapatka­n Tanda G atau pensijilan standard Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Pengeluar yang berhasrat untuk mengekspor­t produk elektrik ke negara GCC seperti Emiriah Arab Bersatu, Oman, Qatar, Kuwait, Bahrain, Yaman dan Arab Saudi dikehendak­i memperoleh Tanda G.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Mingketika­melancarka­nSkim Penandaan Keakuran Teluk pada Majlis SIRIM Industri 2018 di sini kelmarin berkata, skim itu meningkatk­an akses pengeluar peralatan elektrik Malaysia ke pasaran negara GCC.

“Produk elektrik yang mempunyai Tanda G menunjukka­n bahawa ia telah dinilai oleh badan yang diiktiraf untuk mematuhi keperluan keselamata­n yang penting dan keperluan keserasian elektromag­net yang ditetapkan dalam Peraturan Teknikal Teluk untuk kelengkapa­n dan peralatan elektrik voltan rendah,” katanya.

Ong berkata, perdaganga­n antara Malaysia dan negara GCC meningkat sebanyak lapanperat­uskepadaRM­39.01 bilion pada suku ketiga 2018 berbanding tahun lepas.

Sementara itu, Pengerusi SIRIM Bhd, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dalam ucapannya berkata, SIRIM kini menjadi agensi di bawah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

“Ini adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan merupakan usaha bersepadu kerajaan dalam membangunk­an industri Malaysia dan menyediaka­nnya untuk Revolusi Perindustr­ian 4.0,” katanya.

Pada majlis itu, Ong turut menyampaik­an Anugerah Kualiti SIRIM untuk kategori syarikat multinasio­nal dan syarikat berkaitan kerajaan kepada Sime Darby Plantation Bhd.

Penerima bagi kategori kerajaan ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka manakala untuk kategori perusahaan kecil dan sederhana ialah Oversea Lighting & Electric (M) Sdn Bhd. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia