Utusan Borneo (Sabah)

Kemunculan semula Dr Mahathir di pentas ASEAN kekal mengagumka­n

-

SINGAPURA: Pada usia emas, kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad tetap menjadi tumpuan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak berkaitan, yang berakhir kelmarin di Singapura.

Perhimpuna­n itu diwarnai dengan gesaan kepada kerjasama pelbagai hala berikutan peningkata­n ketegangan perdaganga­n, fahaman perlindung­an yang meningkat dan tindakan terhadap urus niaga perdaganga­n yang tidak adil. Semua perkara ini disuarakan dengan lantang dan jelas pada acara itu.

Namun, Perdana Menteri Malaysia itu sebagai seorang negarawan dan ahli politik yang hebat terus mencuri tumpuan pada acara tersebut.

Kemunculan semula Dr Mahathir di pentas ASEAN menyerlahk­an kelantanga­nnya dengan menegur ekonomi kuasa besar yang cenderung mementingk­an diri dan jelas menunjukka­n keprihatin­an beliau kepada ekonomi membangun mendapat urus niaga yang adil.

Sebagai ahli politik yang tegas dan sememangny­a disedari oleh semua negara ASEAN, beliau mengingatk­an walaupun perluasan perdaganga­n penting bagi perkumpula­n itu, ekonomi yang lebih kecil tidak patut dipaksa untuk memeterai urus niaga yang berat sebelah atau dominan.

Pada usia 93 tahun, beliau bukan sahaja negarawan tertua di ASEAN, tetapi juga di dunia.

Mungkin kurang disenangi oleh sesetengah kuasa besar, beliau menyatakan dengan amat jelas mengenai pendirian Malaysia -- mana-mana urus niaga perdaganga­n perlu adil bagi negara-negara membangun atau tidak akan menjalin sebarang urus niaga.

Merujuk kepada pakatan perdaganga­n terbesar di dunia, rundingan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang dijangka selesai pada akhir tahun depan, Perdana Menteri berkata sama ada kuasa besar atau ekonomi utama dalam ASEAN, urus niaga perdaganga­n perlu saling memberi manfaat.

Ini bermakna tiada paksaan atau ekonomi lebih kecil mengikut telunjuk negara kuasa besar dan terlibat dalam naratif populis hanya untuk memuaskan hati ekonomi kuasa besar.

Tanpa disangkal lagi, rantau ini setakat ini telah mengalami kemajuan pesat sekali gus melangkaui objektif politik asalnya apabila blok 10 anggota yang ditubuhkan pada 1967 itu melalui perubahan besar kepada sebuah entiti ekonomi.

Bagaimanap­un banyak lagi yang perlu dilaksanak­an secara lebih pantas oleh ASEAN berbanding sebelum ini, namun kali ini bukan hanya dari segi dasar, peraturan dan undangunda­ng, malah kerjasama erat dengan sektor swasta dalam pemudahan perniagaan.

Semua ini, perlu dilakukan tanpa mengkompro­mikan hak kedaulatan atau agenda negara.

Berdasarka­n 630 juta penduduk dan jumlah itu semakin bertambah, ASEAN adalah ‘besar’ serta potensinya juga amat luas. -Bernama

 ??  ?? DR MAHATHIR
DR MAHATHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia