Utusan Borneo (Sabah)

Musim terakhir

Pada April depan

-

MUSIM kelapan dan terakhir drama pemenang Emmy popular HBO, ‘Game of Thrones’ akan ditayangka­n buat pertama kali bermula April tahun depan, seperti yang diumumkan oleh rangkaian itu dalam sebuah treler yang dikeluarka­n dalam talian pada Selasa.

Video itu menampilka­n babak-babak dari musim sebelumnya mengenai pertempura­n mahal yang mendahului pertemuan akan datang untuk menentukan siapa yang layak memerintah sebuah kerajaan fiksyen yang dipanggil Westeros.

Rangkaian itu bagaimanap­un tidak mendedahka­n satu tarikh tertentu untuk tayangan perdana musim terakhir, yang akan ditayangka­n sebanyak enam episod.

‘Game of Thrones’, yang telah memenangi banyak anugerah Emmy, merupakan siri hit terbesar HBO dengan lebih kurang 30 juta orang penonton di Amerika Syarikat dan sekumpulan peminat setia di seluruh dunia.

Siri televisyen itu berdasarka­n kepada novel oleh George R.R. Martin dalam satu siri yang dipanggil ‘A Song of Ice and Fire’.

HBO, rangkaian kabel premium yang dimiliki AT&T Inc (T.N), merancang untuk memberi satu usaha pemasaran fizikal dan media sosial yang besar untuk musim akan datang siri itu.

Bermula 27 November ini, promosi akan merebak ke seluruh Grand Central Station New York, dan 250,000 MetroCards transit massa ‘Game Of Thrones’ akan dikeluarka­n.

Beberapa siri sampingan kepada siri itu kini sedang diusahakan.

HBO pada Jun lepas berkata bahawa ia telah memberi satu arahan untuk episod pengenalan bagi sebuah prekuel yang berlaku beribu tahun sebelum kejadian dalam siri semasa. — Reuters

 ??  ?? GEORGE R.R. MARTIN
GEORGE R.R. MARTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia