Utusan Borneo (Sabah)

Di lokasi terakhir hujung minggu ini

-

SIRI Jelajah Drama Sangat (DST 2018) memilih Zon Utara sebagai lokasi terakhir tahun ini.

Membariska­n artis terkemuka drama seperti Siti Saleha dan Kamal Adli (‘Jika Masih Ada Rindu’), Syazuwan Hassan (‘Terbaik Dariku’), Hafidz Roshdi (‘Raisha 2’), Fadlan Hazim (‘Seribu Rindu’) dan Julia Farhana (‘Petua Nenek’) akan ke Kedah (Sungai Petani dan Jerlun), Pulau Pinang (Bertam dan Bukit Mertajam) dan Ipoh, Perak dari semalam (16 November) hingga esok (18 November).

DST 2018 tetap mengekalka­n objektifny­a untuk menghargai para peminat setia drama di saluran TV3.

Untuk kali ini, DST 2018 akan menemui para peminat drama TV3 di samping beramah mesra bersama mereka di Mydin Taman Batik (Sungai Petani, Kedah), Mydin Bertam (Pulau Pinang), Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang) serta Mydin Meru Raya (Ipoh, Perak).

Seperti siri jelajah sebelumnya, pelbagai aktiviti menarik disediakan di mana para pengikut setia siri jelajah ini.

Bukan sahaja berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan artis, malah turut berpeluang memenangi barangan eksklusif.

DST 2018 juga bakal mengadakan aktiviti bersama peminat berkonsepk­an tradisiona­l di Homestay MADA Kampung Jeruju, Jerlun, Kedah.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik adalah Kocak Ikan, Tarik Upih, Tembak Bulan, Boling Kelapa, Canting Batik, Bola Sepak Sarong, santai bersama keluarga angkat serta pertanding­an dan persembaha­n malam kebudayaan negeri Kedah dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah.

Untuk maklumat terkini, boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @ TV3Malaysi­a, @TV9Malaysi­a dan @dramasanga­t.

Para peminat turut dijemput untuk memeriahka­n DST 2018 dengan menggunaka­n hashtag #DramaSanga­t untuk sebarang interaksi di laman sosial. Saksikan program-program menarik TV3 menerusi portal YouTube TV3Malaysi­a dan tonton, www. tonton.com.my.

 ??  ?? SITI SALEHA
SITI SALEHA
 ??  ?? POSTER jelajah Drama Sangat (DST 2018) di Zon Utara.
POSTER jelajah Drama Sangat (DST 2018) di Zon Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia