Utusan Borneo (Sabah)

Genosid: Pemimpin Khmer Rouge didapati bersalah

Hampir 40 tahun selepas kejatuhan rejim kejam yang menyebabka­n kematian lebih sesuku populasi Kemboja

-

Pemerintah­an kejam yang diketuai ‘Saudara Nombor 1’ Pol Pot mengorbank­an kira-kira dua juta warga Kemboja kerana kerja berlebihan, kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai tetapi keputusan semalam merupakan yang pertama mengiktira­f genosid.

PHNOM PENH: Dua pemimpin tertinggi rejim Khmer Rouge di Kemboja didapati bersalah melakukan genosid semalam, dalam satu keputusan bersejarah hampir 40 tahun selepas kejatuhan rejim kejam yang menyebabka­n kematian lebih sesuku populasiny­a.

Bekas ketua negara Khmer Rouge, Khieu Samphan, 87, dan ‘Saudara Nombor 2’ Nuon Chea, 92, merupakan dua anggota paling kanan yang masih hidup dalam kumpulan ultra-Maoist itu yang merampas kuasa di Kemboja pada 1975-1979.

Pemerintah­an kejam yang diketuai ‘Saudara Nombor 1’ Pol Pot mengorbank­an kira-kira dua juta warga Kemboja kerana kerja berlebihan, kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai tetapi keputusan semalam merupakan yang pertama mengiktira­f genosid.

Defendan sebelum ini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2014 berhubung evakuasi paksaan yang ganas di Phnom Penh pada April 1975.

Namun penghakima­n semalam di Kamar Luar Biasa Mahkamah Kemboja (ECCC) juga mendapati Nuon Chea bersalah bagi genosid terhadap kumpulan etnik minoriti Muslim Cham di Vietnam, selain beberapa jenayah lain.

“Kamar mendapati Nuon Chea memegang kuasa mutlak untuk membuat keputusan bersama Pol Pot dan oleh yang demikian mendapati Nuon Chea bertanggun­gjawab sebagai seorang ketua bagi semua jenayah itu,” kata Hakim Nil Nonn.

“Ini termasuk jenayah genosid dengan membunuh anggota kumpulan agama dan etnik Cham.”

Khieu Samphan juga didapati bersalah melakukan genosid terhadap penduduk etnik Vietnam, tetapi bukan terhadap kaum Cham, katanya.

Kedua-dua defendan dijatuhi hukuman “penjara seumur hidup”, dan menggabung­kan kedua-dua hukuman itu menjadi satu penggal, kata Nil Nonn.

Ratusan manusia, termasuk puluhan Muslim Cham dan sami Buddha, dibawa dengan bas ke tribunal berkenaan, yang terletak di pinggir Phnom Penh untuk menghadiri perbicaraa­n.

Kejadian yang dirangkumi keputusan itu menjangkau tempoh empat tahun di bawah rejim Pol Pot, dan termasuk jenayah kemanusiaa­n yang meluas.

“Keputusan itu pada asasnya adalah penghakima­n Nuremberg bagi ECCC dan ini membawa kepentinga­n yang sangat signifikan bagi Kemboja, keadilan jenayah antarabang­sa, dan catatan sejarah,” kata David Scheffer, yang berkhidmat sebagai pakar khas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam perbicaraa­n Khmer Rouge dari 2012 sehingga bulan lepas.

Pejuang revolusi itu yang cuba mencipta semula Kemboja yang mempunyai majoriti penganut Buddha selari dengan visi mereka bagi utopia pertanian Marxis, cuba memansuhka­n perbeza-an kelas dan agama dengan menggunaka­n kekerasan.

Perkahwina­n paksaan, pencabulan, layanan buruk ke atas penganut Buddha, dan kekejaman yang dijalankan dalam penjara dan tempat kerja di seluruh negara jatuh di bawah senarai tuduhan tambahan – dan kedua-dua lelaki itu juga didapati bersalah atas tuduhan tersebut.

“Keputusan ini akan mengesahka­n kemanusiaa­n mangsa secara kolektif dan memberi pengiktira­fan kepada penderitaa­n yang dahsyat itu,” kata Youk Chhang, ketua Pusat Dokumentas­i Kemboja – sebuah organisasi penyelidik­an yang telah mengemukak­an bukti kepada mahkamah.

Ia juga “memberi rasa penutupan kepada lembaran yang dahsyat dalam sejarah Kemboja”.

Mahkamah hibrid itu, yang menggunaka­n undang-undang Kemboja dan undang-undang antarabang­sa, diwujudkan dengan soko-ngan PBB pada 2006 untuk membicara pemimpin kanan Khmer Rouge.

Hanya tiga orang sahaja telah disabit kesalahan oleh mahkamah, yang memakan kos lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion).

Bekas menteri luar Khmer Rouge, Ieng Sary, dan isterinya meninggal dunia tanpa menghadapi keadilan, manakala ‘Saudara Nombor 1’ Pol Pot meninggal dunia pada 1998.

Jumlah dakwaan terhadap Nuon Chea dan Khieu Samphan begitu banyak sekali sehinggaka­n mahkamah membahagik­an perbicaraa­n kepada siri pendengara­n yang lebih kecil pada 2011.

Ramai percaya keputusan semalam adalah yang terakhir bagi tribunal itu, yang dicemari dakwaan tentang campur tangan politik.

Perdana Menteri Hun Sen – seorang bekas anggota Khmer Rouge – berulang kali memberi amaran beliau tidak akan membenarka­n siasatan diteruskan lagi, dengan menyebut tentang ancaman yang samar-samar kepada kestabilan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR kombinasi Nuon Chea (atas) dan Khieu Samphan yang duduk di dalam bilik mahkamah Kamar Luar Biasa Mahkamah Kemboja (ECCC) sewaktu mahkamah membuat keputusan, di Phnom Penh, Kemboja semalam.
— Gambar Reuters GAMBAR kombinasi Nuon Chea (atas) dan Khieu Samphan yang duduk di dalam bilik mahkamah Kamar Luar Biasa Mahkamah Kemboja (ECCC) sewaktu mahkamah membuat keputusan, di Phnom Penh, Kemboja semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia