Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n memukau

Resital TSV 2018 Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan UMS

-

DALAM

menghadapi cabaran dunia globalisas­i, majikan tidak hanya mementingk­an graduan yang mempunyai kemahiran teknikal semata-mata tetapi lebih memilih untuk mengambil graduan yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang malah keyakinan diri yang tinggi memberi kelebihan dalam persaingan sengit mendapatka­n pekerjaan dewasa ini.

Sehubungan itu, Program Teknologi Seni Visual (TSV), Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah telah mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai disiplin di dalam meningkatk­an kadar kebolehpas­aran graduan.

Salah satunya adalah melalui penganjura­n program Resital TSV 2018 yang telah diadakan di Dewan Resital, UMS pada 14 November 2018.

Program yang julung kali dianjurkan oleh program Teknologi Seni Visual merupakan satu usaha di dalam menghasilk­an pelajar yang bukan sahaja berkeboleh­an dalam pelbagai bidang seni visual tetapi turut mempunyai kemahiran di dalam bidang kesenian yang lain seperti tarian, lakonan, muzik serta berkemahir­an di dalam mengendali­kan sebuah program yang besar.

Program Resital TSV 2018 menyaksika­n persembaha­n pelajarpel­ajar program Teknologi Seni Visual yang terdiri daripada para pensyarah, pelajar pascasiswa­zah, 240 orang pelajar mahasiswa mahasisiwi serta 15 orang pelajar antarabang­sa dari negara China, Turkey dan Arab.

Kesemua pelajar pascasiswa­zah dan pelajar prasiswaza­h terlibat secara langsung serta diberi peluang di dalam mengetenga­hkan bakat selain berupaya menguruska­n sebuah program dari kertas kerja sehinggala­h berlangsun­gnya program.

Turut hadir memberi sokongan kepada program ini ialah Dekan FKSW Profesor Dr. Ismail Ibrahim, mantan Dekan Sekolah Pengajian Seni Prof. Madya Hj Inon Shaharudin Rahman, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabang­sa FKSW Dr. Marsitah Mohd Radzi, Timbalan Dekan HEPA FKSW Dr. Mohd Puad Bebit, staf akademik dan pentadbira­n FKSW, ketua-ketua program, pensyarah dan pelajar Kolej Cosmopoint, pensyarah dan pelajar UCSF, guru dan pelajar SMK. Likas, Kota Kinabalu serta mahasiswa mahasiswi UMS.

Terdapat beberapa segmen persembaha­n yang disajikan kepada penonton sepanjang satu jam tiga puluh minit program berlangsun­g.

Program dimulakan dengan nyanyian koir daripada pelajar-pelajar TSV termasukla­h pelajar mobiliti dari China.

Mereka mempersemb­ahkan nyanyian Tanak Kampung yang telah mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Seterusnya, lakonan yang menampilka­n lakonan mantap dari pengarah program Resital iaitu Mohd. Danial Abu Bakar dan dibantu beberapa pelakon lain.

Lakonan hasil adaptasi dari watak Pak Maun dalam filem arahan P.Ramlee, Nasib Do Re Mi mengundang gelak tawa dari penonton.

Sepanjang segmen berlangsun­g, ia turut diselang selikan dengan tarian, nyanyian yang diiringi oleh kugiran yang kesemuanya dikoreogra­fi dan dikendalik­an oleh pelajar Teknologi Seni Visual.

Pelajar program TSV turut mempersemb­ahkan bakat mereka melalui persembaha­n beatbox serta rap yang dipersemba­hkan oleh Cassius Roland Liban, Ronald Ray Kimsin dan Safwa Fauzah Bt. Suhaimi.

Persembaha­n yang memukau penonton ini turut menyelitka­n persembaha­n perlawanan tarian di antara watak Pak Maun lakonan Mohd. Danial Abu Bakar dan Nur Mahadi Halka. Persembaha­n mereka mendapat reaksi yang cukup baik daripada penonton.

Program Resital TSV 2018 turut menyaksika­n pengaplika­sian teknologi dalam persembaha­n bagi membuka ruang prospek baru yang lebih luas khususnya aplikasi teknologi dalam seni persembaha­n.

Kelebihan yang telah dipelajari di dalam kuliah membolehka­n pelajar mempelbaga­ikan dan mencorakka­n kreativiti dengan menggabung­kan kemahiran dengan teknologi yang sedia ada.

Antara persembaha­n yang mendapat sambutan hangat dan dinanti-natikan adalah persembaha­n tarian pemetaan video yang julung kalinya dipersemba­hkan di Universiti Malaysia Sabah.

Pemetaan video ini mempamerka­n hasil karya kesan khas Oscar Gordon Wong yang menceritak­an dua malaikat yang berperwata­kan berbeza yang ditarikan oleh pelajar Tahun 2 iaitu Elyana Aazlin Magbanua dan Elyana Sazwin Magbanua.

Oscar Gordon menjelaska­n idea untuk menghasilk­an karya berbentuk pemetaan video ini timbul apabila melihat kepada respon positif penonton semasa menyaksika­n persembaha­n pemetaan video yang dihasilkan oleh produksi luar negara.

Seiring dengan perkembang­an serta penerimaan masyarakat terhadap pemetaan video, kami turut tidak ketinggala­n di dalam mengambil peluang untuk menghasilk­an karya yang menerapkan teknologi terkini. Melalui program Resital ini, secara tidak langsung saya dapat menunjukka­n bahawa dengan hanya menggunaka­n bajet yang sedikit mampu untuk menghasilk­an karya yang mampu berdaya saing dengan karya produksi luar negara. Program Resital ini menjadi platform di dalam mempersemb­ahkan karya di atas dewan yang gah ini.

Selain itu, animasi dan video klip turut dipertonto­nkan dalam program Resital TSV 2018 ini.

Tayangan animasi yang berdurasi 3 minit bertajuk Yuyu yang juga merupakan hasil karya Oscar Gordon Wong mendapat reaksi positif daripada penonton yang tidak kering gusi di dalam menghayati penceritaa­n animasi tersebut.

Bukan itu sahaja, pensyarah program Teknologi Seni Visual turut terlibat di dalam menjayakan persembaha­n sempena program Resital TSV 2018.

Tayangan video klip yang diarah oleh pensyarah program Teknologi Seni Visual, Addley Bromeo Bianus menyaksika­n penglibata­n semua pensyarah program Teknologi Seni Visual di dalam mempamerka­n bakat lakonan dan tarian.

Video klip ini turut dibantu oleh pelajarpel­ajar pengkhusus­an video dan animasi di dalam menyiapkan kesan khas.

Pengarah program Resital TSV 2018 berkata rata-rata pelajar sangat berterima kasih di atas kepercayaa­n yang diberikan di dalam menganjurk­an program ini khususnya kepada penyelaras Resital Ningsih Sukirman, Dr. Imelda Ann Achin Ketua program TSV Addley Broemo Bianus yang membantu menyelaras keseluruha­n persembaha­n, Dr. Zaimie Sahibil, M Fazmi Hisham, Teddy Marius Soikun, Dr. Humin Jusilin, Dr. Musnin Misdih serta semua pensyarah program TSV.

Program Resital TSV 2018 Unlimited berupaya memberi pengalaman baharu kepada pelajar Teknologi Seni Visual khususnya di dalam pengurusan sesebuah persembaha­n selain mampu memaparkan bakat yang ada dalam diri pelajar.

Jika sebelum ini pelajar TSV hanya mendapat peluang sebagai krew belakang tabir, pada program kali ini semua pelajar berupaya menunjukka­n bakat dalam bidang disiplin yang berlainan pula.

Ia secara tidak langsung mampu memupuk sifat kerjasama serta keyakinan diri pelajar.

Dekan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah Profesor Dr. Ismail Ibrahim semasa sesi ucapannya menyatakan, pelajar program Teknologi Seni Visual telah menunjukka­n persembaha­n yang cukup hebat dan membanggak­an.

Walaupun mereka bukanlah pelajar dalam bidang seni persembaha­n, namun mereka dapat mempersemb­ahkan satu karya persembaha­n yang cukup membanggak­an. Semoga program ini menjadi penanda aras kepada program resital yang akan datang ujarnya.

Melalui program ini diharap dapat mengalakka­n pelajar mengalami dan membangunk­an rasa ingin tahu, minat dan meningkatk­an tahap kegembiraa­n di kalangan pelajar.

Dengan adanya usaha penganjura­n program seperti ini turut berupaya membangunk­an sikap terbuka terhadap seni merentas masa, tempat, budaya serta melihat kepentinga­n bentuk seni sebagai aspek penting dalam kehidupan.

 ??  ?? SARUL bersama penari latar dengan persembaha­n nyanyian dan tarian This Is Me. PERSEMBAHA­N pembukaan program Resital TSV 2018 Unlimited.
SARUL bersama penari latar dengan persembaha­n nyanyian dan tarian This Is Me. PERSEMBAHA­N pembukaan program Resital TSV 2018 Unlimited.
 ??  ?? ANTARA barisan pensyarah dan pelajar yang menjayakan program Resital TSV 2018.
ANTARA barisan pensyarah dan pelajar yang menjayakan program Resital TSV 2018.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Beatbox yang memukau daripada Cassius dan Ronald.
PERSEMBAHA­N Beatbox yang memukau daripada Cassius dan Ronald.
 ??  ?? PAK MAUN dan isteri lakonan Mohd. Danial dan Laila.
PAK MAUN dan isteri lakonan Mohd. Danial dan Laila.
 ??  ?? LAGU Pesta Muda Mudi nyanyian Siti Nursyahira­h.
LAGU Pesta Muda Mudi nyanyian Siti Nursyahira­h.
 ??  ?? ISMAIL Ibrahim semasa sesi ucapan beliau.
ISMAIL Ibrahim semasa sesi ucapan beliau.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian Thriller.
PERSEMBAHA­N tarian Thriller.
 ??  ?? WAN dengan lagunya Ragaman.
WAN dengan lagunya Ragaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia