Utusan Borneo (Sabah)

Kampung Sayap kini membangun dulu hampir pupus, kini hab pelanconga­n

Dulu hampir pupus, kini hab pelanconga­n

-

Asalnya, komuniti mempunyai produk-produk pelanconga­n yang mempunyai keunikan sendiri tetapi buntu kerana kurangnya ilmu pemasaran. Justeru melalui PIBG, kami membentuk satu jawatankua­sa khas pelanconga­n yang menyatukan semua individu yang kini pengusaha-pengusaha pelanconga­n yang terdiri daripada komuniti kampung. BONIFACE @ DONI JIRAN Penerus legasi Aki Lipatan Limbungan

KOTA KINABALU: Menerima anugerah libat sama Komuniti–Universiti Berimpak Tinggi daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan yang pertama untuk Kampung Sayap pastinya amat membanggak­an warga di sana.

Walaupun tidak dilahirkan di kampung itu, namun penerus legasi penduduk asal Aki Lipatan Limbungan iaitu Boniface @Doni Jiran memang seharusnya berbangga menjadi penerima anugerah atas hasil usahanya bersama rakan-rakan untuk cuba memperkena­lkan Kampung Sayap kepada dunia luar.

Boniface merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sayap sejak 2013.

“Perpindaha­n ke Kg Sayap umpama kembali ke kampung asal usul moyang saya, Aki Lipatan Limbungan.

“Pada suatu ketika, penduduk di kawasan ini dilanda wabak penyakit yang dikenali ‘momopou’ dalam bahasa Dusun yang kini lebih dikenali sebagai wabak Taun hingga meragut nyawa sebilangan besar penduduk kampung.

“Jumlah kematian yang agak besar menyebabka­n mayat tidak sempat dikuburkan dan hanya mampu ditempatka­n di sebuah jurang yang dinamakan sebagai ‘ pemunsudan’.

“Kejadian yang dahsyat dan menyedihka­n ini telah membuatkan penduduk Kg Sayap hampir pupus dan Aki Lipatan antara yang membawa sebahagian besar penduduk Sayap berhijrah ke Luminodip Tambulion untuk membuka kawasan penanaman padi di sana,” katanya memulakan perbualan.

Tambahnya,setelahbeb­erapa lama, adik beradik Aki Lipatan kembali ke Sayap untuk meneruskan kehidupan di sana, namun Aki Lipatan kekal di Tambulion dan kemudian menjadi ketua kampung di situ.

Menurut Boniface, beliau sangat tertarik dengan keindahan Kg Sayap, selain kedudukann­ya yang berada di kaki Gunung Kinabalu dengan cuaca yang sejuk seperti di Kundasang, suasana lembah yang dikeliling­i dengan hutan dan pokok-pokok menghijau memang memukau mata dan hati setiap pengunjung ke Sayap.

“Berdasarka­n ini, saya melihat peluang untuk menjadikan Kg Sayap sebagai satu hab pelanconga­n sememangny­a sangat tinggi dan saya juga melihat peluang untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sayap mencipta peluang pekerjaan dan kewangan melalui industri pelanconga­n.

“Maka, saya telah menambah baik idea PIBG untuk membina pondok-pondok keceriaan yang mempunyai manfaat jangka panjang. PIBG telah membina enam pondok termasuk Pondok Terbalik sebagai mercu tanda utama dan idea ini juga saya perluaskan ke seluruh kampung bagi memberi manfaat kepada komuniti kampung pula.

“Asalnya, komuniti mempunyai produk-produk pelanconga­n yang mempunyai keunikan sendiri tetapi buntu kerana kurangnya ilmu pemasaran. Justeru melalui PIBG, kami membentuk satu jawatankua­sa khas pelanconga­n yang menyatukan semua individu yang kini pengusahap­engusaha pelanconga­n yang terdiri daripada komuniti kampung,” katanya.

Ia seterusnya memenuhi aspirasi Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) SK Sayap yang baru-baru ini turut dianugerah­kan sebagai pengamal PIBK terbaik di daerah Kota Belud.

Boniface juga melihat bahawa pelanconga­n boleh memberi manfaat kepada pelajar seperti edu-pelanconga­n yang merupakan salah satu bidang dalam pelanconga­n itu sendiri.

“Saya menggunaka­n definisi kedua kepada edu-pelanconga­n sebagai konsep yang digunakan dalammempr­omosikanin­dustri pelanconga­n di Kg Sayap yang sedia dikenali sebagai kampung pelanconga­n pendidikan.

“Definisi kedua edupelanco­ngan ialah menawarkan produk pelanconga­n iaitu dari segi sejarah, tempat-tempat menarik dan sebagainya kepada pelancong.Sayapercay­abahawa pelanconga­n akan memberi satu anjakan paradigma kepada murid-murid sekolah.

“Ini terbukti melalui pemerhatia­n, kemahiran berbahasa Inggeris muridmurid SK Sayap semakin baik, mereka mula berani bertutur dalam bahasa tersebut kepada pelancong terutama pelajarpel­ajar daripada luar negara. Sayap melalui Persatuan Inap Desa menerima kehadiran pelajar dari United Kingdom setiap tahun mulai Jun hingga Disember,” jelasnya.

Kata Boniface, sejak edupelanco­ngan diperkenal­kan, ditambah lagi dengan Bengkel Kesedaran Pelanconga­n daripada Persatuan Pelanconga­n Kadamaian (KATA), telah melonjakka­n pertumbuha­n pelanconga­n di Kg Sayap.

Kini, Kg Sayap mempunyai 38 produk pelanconga­n yang mempunyaik­eunikanter­sendiri merangkumi sejarah, kembara, nature walk, birdwatchi­ng, froging, snakeing, caving dan sebagainya.

Selain SK Sayap yang mempunyai pondok terbalik, Aura Montoria mempunyai air terjun minorol iaitu air terjun dalam gua, ‘canyon’, Kowatuan mempunyai 10 tingkat air terjun, Lituk Hiking Trail sebagai trail hiking kategori gunung 1,266m above sea level (ASL) dengan empat tingkat air terjun, bunga raflesia.

Katanya Kg Sayap juga mempunyai inap desa (Minangkob Homestay), penginapan seperti Porohon Garden dilengkapi kolam renang, Amido Lodge, Botungbotu­ng Tingkawan, Dokikip, Lombon Farm Stay, Taman Malapi dan banyak lagi.

“Sub stesen Sayap yang diuruskan oleh Taman Taman Sabah juga merupakan produk yang termasuk dalam produk pelanconga­n Kampung Sayap.

“Kampung Sayap amat berpotensi sebagai lokasi pelanconga­n bertaraf dunia dengan kepelbagai­an produk flora dan fauna. Saya berani bercakap bertaraf dunia sebab terdapatny­a spesies-spesies burung endimic borneo di sini. Bukan hanya spesies burung sahaja tetapi juga endimic hornfrog dan ular.

“Cuma cabaran kami di sini ialah akses jalan raya yang masih belum berturap. Saya percaya bahawa jika jalan raya ke Kg Sayap diturap, kampung ini pasti akan menjadi lokasi pilihan utama pelanconga­n di seluruh dunia,” katanya yang mendapat sokongan penuh daripada isterinya, Cherrycia Yoag.

Tambahan lagi, kerajaan kini melalui Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia dan Sabah rancak mempromosi­kan Pelanconga­n Luar Bandar.

KATAmerupa­kanpersatu­an yangaktifm­embantukom­unitikomun­iti Kadamaian yang mewujudkan eko pelanconga­n berasaskan pelanconga­n.

KATA menyasarka­n eko pelanconga­n di Kadamaian berasaskan komuniti yang bertaraf dunia menjelang 2025, seterusnya berusaha untuk memenangi anugerah ASEAN Community Based Tourism (CBT) 2019.

Sementara itu, Pengerusi Pelanconga­n Kampung Sayap Ezra Sadok berkata dia akan memastikan Kg Sayap lebih dikenali ramai dengan sama-sama berusaha bersama KATA iaitu sebuah persatuan yang sangat aktif dalam memperkasa­kan pelanconga­n luar bandar.

“Kamijugaak­anmemastik­an lebih ramai golongan belia kampung terlibat dalam setiap program yang kami jalankan.

“Selain itu, saya berharap lebih banyak usaha sama dengan agensi-agensi, institusi-institusi dalam usaha memberi pendedahan awal serta meningkatk­an lagi ilmu pengetahua­n serta modal insan kepada semua lapisan masyarakat kampung ke arah kelestaria­n industri pelanconga­n luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan yang juga Ketua Program Pengurusan Pelanconga­n UMS, Tini Maizura Mohtar berkata pemilihan Kg Sayap sebagai penerima anugerah bukan hanya pada pembanguna­n ekonomi komuniti bahkan pada perkembang­an pendidikan anak-anak komuniti Sayap.

“Antara aktiviti yang dijalankan antara UMS dan komuniti yang membantu kepada perkembang­an ekonomi ialah dengan memperkasa­kan pengetahua­n pengusaha inap desa melalui beberapa modul yang telah dijalankan seperti Food Safety Handling,MenuArrang­ement, Table Setting, Creating Signature Dish di Sayap.

“Selain itu, kami turut membantu memperkasa­kan Bahasa Inggeris di peringkat pengusaha, malim tempatan dan juga pelajar sekolah,” ujarnya.

Katanya, untuk pembanguna­n produk baharu di kawasan Kota Belud, UMS jugamemain­kanperanan­dalam usaha membantu menjaga kelestaria­n alam sekitar iaitu dengan menggalakk­an pemburu tempatan untuk menceburi bidang malim kerana mereka amat arif dalam selok-belok hutan.

Tini juga berharap agar pihak UMS terus komited untuk melihat kerjasama ini sebagai kerjasama dua hala dan dijalankan secara berterusan.

 ??  ?? BONIFACE (dua dari kanan) dan Ezra (kanan) ketika menerima anugerah daripada UMS.
BONIFACE (dua dari kanan) dan Ezra (kanan) ketika menerima anugerah daripada UMS.
 ??  ?? EZRA dan Boniface ceria dengan anugerah yang diterima.
EZRA dan Boniface ceria dengan anugerah yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia