Utusan Borneo (Sabah)

Ahli KOKHAS Berhad dinasihat telus urus kewangan

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Para ahli Koperasi Khazanah Anak Sabah Berhad (KOKHAS Berhad) dinasihatk­an supaya mengamalka­n ketelusan khususnya dalam pengurusan kewangan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Pritchard Sebastian Gumbaris berkata, walaupun koperasi itu baru ditubuhkan, ahli jawatankua­sa yang dilantik diharap mampu melaksanak­an tugas secara amanah dan bertanggun­gjawab.

“Jangan sampai orang mempersoal­kan pengurusan kewangan koperasi... jangan rakus mengejar kekayaan dan jangan sesekali terlibat dalam gejala rasuah.

“Kerajaan baharu tidak akan berkomprom­i dengan mereka yang terlibat dalam gejala negatif itu dan tindakan keras akan diambil,” katanya ketika mewakili Menteri MITI Datuk Darell Leiking merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan KOKHAS Berhad (dalam penubuhan), di sini pada Ahad.

Beliau berkata, peluang untuk maju dalam perniagaan adalah sangat cerah dengan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi.

Katanya, masyarakat tempatan juga perlu mengambil contoh sikap budaya masyarakat Jepun dalam soal perniagaan, pekerjaan, kebersihan dan yang berkaitan.

“Seseorang itu harus bangga dengan kerja yang dia ada kini dan melaksanak­an tugas dengan penuh tanggungja­wab.

“Janganlah mempunyai sikap bekerja kerana terpaksa... pemikiran sedemikian perlu diubah agar tidak menjejaska­n produktivi­ti masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penaja KOKHAS Berhad Ridhwan Abdul Razak berkata penubuhan koperasi itu adalah hasil ilham daripada Wira Warisan Penampang.

“Waktu politik sudah tamat dan kini kita harus menceburi bidang keusahawan­an. Koperasi ini telah diluluskan pendaftara­nnya oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia pada 10 Oktober lalu dan ini adalah mesyuarat pertama kita.

“Koperasi ini mempunyai beberapa fungsi utama seperti menceburi bidang perniagaan dalam penganjura­n acara, pusat dialisis, sektor Sistem Binaan Industri (IBS) dan pertanian,” katanya.

Menurutnya, koperasi itu juga akan mendaftar di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi mencari peluang perniagaan.

Dalam pada itu, Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang turut dijadikan penaung kepada KOKHAS Berhad.

 ??  ?? PRITCHARD (empat dari kanan) dan Ridhwan (empat dari kiri) bersama tetamu kehormat serta ahli KOKHAS Berhad.
PRITCHARD (empat dari kanan) dan Ridhwan (empat dari kiri) bersama tetamu kehormat serta ahli KOKHAS Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia