Utusan Borneo (Sabah)

Polis siasat kes Vigneswara­n langgar protokal keselamata­n KLIA

-

SEREMBAN: Polis akan menjalanka­n siasatan terperinci berhubung isu Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A Vigneswara­n yang didakwa melanggar peraturan keselamata­n di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 Nov lalu.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan lapangan terbang malam tadi dan pihaknya akan menunggu laporan lengkap siasatan berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk memanjangk­an isu ini. Tetapi memandangk­an laporan polis telah dibuat, biarlah polis jalankan tugas mereka, saya akan tunggu laporan penuh siasatan itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Berkenalan dan Taklimat Agensi-agensi Kerajaan Bersama Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Temiang dan Ahli Jawatankua­sa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bukit Temiang dan Kampung Bukit Merbah, di sini pada Ahad.

Kejadian berlaku pada 14 Nov lalu pada jam 10.14 malam ketika presiden MIC itu diminta berhenti oleh pegawai yang ditempatka­n di laluan VIP kerana tidak mematuhi kod pakaian.

Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarka­n pihak berkuasa, Vigneswara­n tidak berhenti dan meneruskan turun ke bawah di bahagian lobi VIP.

Loke berkata sebagai kerajaan baharu yang mempertaha­nkan pelaksanaa­n undang-undang, kementeria­n tidak teragak-agak untuk mempertaha­nkan pegawai kerajaan yang menjalanka­n tugas mengikut prosedur dan protokol yang benar ketika menjalanka­n tugas.

Tambahnya beliau dimaklumka­n Vigneswara­n tidak akan membuat sebarang permohonan maaf, kerana berpendapa­t beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan itu adalah hak beliau sama ada mahu memohon maaf atau tidak.

“Pada saya, kalau kita rasa kita sudah menyakiti hati orang lain dengan perbuatan dan perkataan kita, memohon maaf adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan.

“Memohon maaf tidak akan merendahka­n martabat seseorang, sebagai seorang yang mempunyai posisi yang dihormati di Dewan Negara, beliau sepatutnya menunjukka­n contoh yang baik kepada orang lain,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Loke berkata kementeria­n sentiasa mencari formula dan pendekatan baharu bagi membantu semua golongan termasuk pemandu teksi dan pengusaha kereta sewa.

“Kami menggalakk­an golongan itu untuk melaksanak­ane-hailingsup­aya membantu meningkatk­an pendapatan mereka. Melalui sistem ini, mereka boleh mendapatka­n pelanggan selain menggunaka­n kaedah biasa,” katanya.

Usaha kementeria­n untuk membantu pemandu teksi akan diteruskan selepas Agensi Pengangkut­an Awam Darat ditubuhkan tahun hadapan, katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Kerajaan negeri akan melancarka­n Tabung Bantuan Anak Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Negeri Johor bagi meringanka­n beban kumpulan itu berikutan pendapatan mereka semakin berkuranga­n, kebelakang­an ini.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia