Utusan Borneo (Sabah)

Tentera pengaman, paderi antara terbunuh di Afrika Tengah

Mayat paderi yang rentung ditemui di pekan Alindao, perbalahan kaum meragut sekurang-kurangnya 37 nyawa

-

BANGUI: Seorang tentera pengaman meninggal dunia selepas satu serangan ke atas sebuah pangkalan PBB di Republik Afrika Tengah (CAR) dan seorang paderi telah dibakar sehingga mati, menurut pihak PBB dan Gereja Katolik kelmarin selepas pertempura­n sektarian meragut hampir 40 nyawa.

Anggota tentera telah meninggal dunia di hospital pada lewat Jumaat lepas akibat kecederaan yang dialami dalam serbuan ke atas sebuah pangkalan tentera di Gbambia di bahagian barat negara, menurut misi PBB MINUSCA.

Serangan, yang bermula pada kira-kira jam 2.00 petang waktu tempatan, berlangsun­g selama kira-kira 45 minit dan menyebabka­n para penduduk melarikan diri ke dalam hutan, menurut PBB.

Sebuah kumpulan bersenjata yang dikenali sebagai Siriri, ditubuhkan pada tahun ini oleh para penternak haiwan ternakan Fulani, beroperasi di kawasan tersebut. Diketuai oleh seorang lelaki bernama Ardo Abba, tujuan utamanya adalah untuk menghalang serangan oleh pengembala haiwan.

PBB menyatakan kumpulan itu telah menyerang Gbambia pada pertengaha­n Jun. Seorang tentera pengaman PBB dari Tanzania telah meninggal dunia pada bulan yang sama selepas Siriri melakukan serangan hendap di wilayah tersebut.

Sementara itu, mayat seorang paderi yang hangus telah ditemui di pekan tengah Alindao, di mana perbalahan kaum telah meragut sekurang-kurangnya 37 nyawa pada minggu ini, menurut Gereja Katolik kelmarin.

“Kami telah menemui mayat rentung beliau,” Father Mathieu Bondobo, ketua paderi bagi katedral utama di bandar utama Bangui memberitah­u AFP.

PBB pada Jumaat lepas menyatakan 37 kematian telah disahkan di Alindao termasuk seorang lagi paderi, sementara kira-kira 20,000 orang terjejas akibat keganasan. “Ribuan” orang terpaksa melarikan diri.

Pertumpaha­n darah bermula pada Khamis ketika anggota militia Kristian membunuh penduduk Islam, mendesak serangan balas dendam.

Sebuah gereja telah dibakar.

Alindao merupakan sebuah kubu kuat bagi militia Islam Union for Peace in CAR (UPC). Ia telah menyaksika­n pertempura­n kronik sejak beberapa bulan ini yang turut membunuh dua anggota tentera PBB dan seorang pekerja bantuan kemanusiaa­n.

Salah sebuah dari negara termiskin di dunia di sebalik bekalan berlian dan uranium yang banyak, CAR telah berusaha untuk pulih dari satu perang saudara 2013 yang meletus ketika Presiden Francois Bozize, seorang penganut Kristian, telah digulingka­n oleh pemberonta­k Islam Seleka.

Dalam respons, penduduk Kristian, yang meliputi kira-kira 80 peratus dari populasi, menganjurk­an unit pengawal sukarela dikenali sebagai ‘anti-balaka’.

Alindao terletak di satu laluan kritikal ke selatan dan timur negara dan berada di tengah-tengah sebuah wilayah dengan banyak lombong emas dan berlian yang telah membantu menambahka­n konflik.

Pada September, PBB memberikan amaran bagi satu situasi kemanusiaa­n “yang sangat teruk” di wilayah, yang menurutnya berada di bawah kawalan kumpulan bersenjata.

Kerajaan mengawal hanya sebahagian kecil dari wilayah negara CAR. Kumpulan bersenjata bertelagah di beberapa wilayah bagi kawalan terhadap sumber, termasuk berlian, emas dan haiwan ternakan.

PNN mempunyai kirakira 12,500 kakitangan yang dikerahkan di Afrika Tengah sebagai sebahagian dari misi MINUSCA, salah satu dari pasukan tentera pengaman terbesar dalam badan dunia tersebut.

Majlis Keselamata­n PBB mengundi pada Khamis lepas untuk memperbaha­rui buat sementara waktu mandat bagi misi sehingga Disember, di sebalik perdebatan hangat mengenai kemampuann­ya untuk menghalang keganasan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia