Utusan Borneo (Sabah)

RM3.8 juta diperlukan bagi Sekolah Agama Integrasi pertama di Sibu

-

SIBU: Sejumlah RM3.8 juta diperlukan bagi merealisas­ikan Sekolah Agama Integrasi pertama di Sibu.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata pada masa ini sejumlah RM1.8 juta terkumpul untuk mewujudkan sekolah tersebut.

“Pada masa ini kita mempunyai dana sejumlah RM1.8 juta, justeru kita masih kekurangan dana RM2 juta lagi untuk melaksanak­annya.

“Oleh itu, saya juga mewujudkan (skim) wakaf untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada pembinaan sekolah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu selepas menyempurn­akan perasmian Pertanding­an Hoki Lima Sebelah Tertutup Sibu 2018 Piala DUN Nangka di Padang Futsal Kampung Datu Baru, di sini pada Jumaat..

Jelasnya, sekolah integerasi itu adalah menaik taraf sekolah LAKIS di Masjid AnNur Sibu bukan menutup sekolahlam­adanmembuk­a sekolah baharu.

“Sekolahitu­mempunyai enam kelas sekolah rendah dan setiap kelas menempatka­n 25 murid,” katanya.

Beliau menambah, struktur pembelajar­annya adalah integrasi iaitu berlainan dengan sekolah lain dengan pembelajar­an al-Quran dan akademik disatukan.

Katanya, konsepnya lain menekankan pendidikan al-Quran, fardu ain dan akademik.

“Sekolah itu juga menjadi landasan muridmurid melanjutka­n pembelajar­an ke peringkat lebih tinggi di Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia